ME IS ME

My photo
assalamualaikum and hello world.. i am teh azra, writer of tehazra.blogspot.my.. nice to meet you.. thanks for watching, reading, feeling and comment.. have a nice day..!

Saturday 13 August 2011

Soalan dari suesyada (15 mac 2010):


Assalamualaikum. Saya berusia 19 tahun dan masih menuntut di salah satu pusat pengajian. Saya akan tamat belajar pada akhir tahun 2012. Saya merancang dengan teman lelaki saya untuk bernikah pada Jun ini tanpa pengetahuan ibu bapa kami untuk mengelak diri kami daripada melakukan maksiat dan zina. Kami merancang untuk merahsiakan daripada ibu bapa kami kerana kami tahu mereka pasti akan menentang dan menghalang kami daripada berkahwin. Ini kerana kami masing-masing masih terlalu muda dan masih belajar. Untuk pengetahuan,teman lelaki saya juga berumur 19 tahun. Jadi kami merancang untuk berkahwin secara sembunyi dan apabila sampai masanya,kami akan bernikah sekali lagi. Ini untuk mengelak mengecewakan kedua ibu bapa kami. Soalan pertama saya,apakah hukumnya bernikah dua kali? Sekali untuk menghalalkan hubungan kami bagi mengelakkan dosa zina, sekali lagi untuk mengelak ibu bapa kami daripada tahu kami pernah bernikah. Kami tahu ibu bapa kami pasti kecewa jika dapat tahu kami lakukan semua ini. Sebab itulah kami merancang untuk bernikah sekali lagi selepas kami tamat belajar. Kami betul-betul takut jika kami tidak berjaya mengawal diri kami dan merasakan pernikahan sahaja jalan penyelesaian bagi masalah kami. Kami pernah memutuskan hubungan kami kerana pernah terbaca couple itu haram. Tetapi kami kembali bersama kerana merasakan kami saling memerlukan. Mungkin ini mabuk cinta atau apa sahaja istilahnya. Yang pasti kini kami tidak boleh lekang daripada bersama dan membuatkan kami mengambil keputusan untuk bernikah daripada terjerumus ke dalam lembah zina. Saya amat yakin kami mampu daripada segi kewangan. Cuma masalahnya sekarang adalah kami terlalu muda dan masih belajar yang akan membuat ibu bapa kami menghalang niat kami. Soalan kedua saya, bagaimana pula tentang wali? Saya masih mempunyai bapa. Saya amat pasti bapa saya akan menentang niat kami. Adakah saya layak menggunakan wali hakim? Mengikut pemahaman saya selepas membaca satu artikel (laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), seorang yang tidak berpegang teguh kepada ajaran agama tidak layak menjadi wali. Malah dikatakan tidak sah sebuah pernikahan itu jika berwalikan orang yang demikian. Sejujurnya, bapa saya mengabaikan solatnya. Adakah dia masih wali saya? Jika tidak, adakah hak menjadi wali jatuh kepada wali hakim atau hak itu jatuh kepada susunan tertib wali nasab? Diharap pihak tuan dapat menjelaskan semua kekeliruan saya. Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. 


Komen pembaca:


1. ukuwwah ain: assalamualaikum saudari . walaupun ana masih muda ttp pndapat ana , benarkah anti ni mahu kahwin di usia muda . dikala semua remaja2 sedang dalam zaman enjoy dgn kawan2 , bukan mmberatkan kepala mmikirkan soal2 bcinta . lpas kawin , dah takder dah nak jmpe ngan kawan2 . ikut suami...je .. anti kawin umur 19 , anti akan devote hidup anti starting 19 tahun sampaaai ke mati dgn suami anti sahaja . nilah zaman kita dgn sahabat2 n mak ayah , anti ! nak2 lagi hanya 3% yg kawin muda dapat bkekalan shingga tua . cuba anti fikir , pjalanan hidup anti masih panjang , ramai lagi llaki boleh anti jumpa . jgn menysal di kemudian hari . fikir-fikirkanlah =) 


2. abu hurairah: Untuk mengelakkan masalah berlarutan hingga ke usia tua. Baik saudari bagitahu dengan ibubapa hasrat untuk menikah. 


3. ediri: Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.


4. lebah87: Soalan saya: Wujud ke nikah dua kali? (Nikah dengan pasangan yang sama untuk kali kedua tanpa ada penceraian). Kalau bersanding dua kali tu logiklah juga. My advice to you: Bincanglah dengan ibubapa. Jangan ketepikan mereka dalam membuat keputusan. Selamat~ 


5. belalanghijau: *assalamualaikum masyaallah..nampak kritikal jugak masalah saudari ni...diluah mati mak ditelan mati bapak..sebenarnya banyak jalan yang anti blh cari penyelesaian bagi masalah ni..jgn rumitkan keadaan.. klu btl2 nak kawin..cube2 risik atau tanya mak ayah dulu ttp jgn bgtau hasrat dihati lagi..bwk berbincang scr berdiplomasi..bagtau masalah anti sebenarnya...jgn terlalu iktkan hati kwin tnpa bgtau ibu bapa...susah jadinyer... ingat..anti perempuan..nnt fitnah lain plak yg akan timbul..contohnya...anti mengandung.mcm mana anti nak rahsiakan anak yg sedang membesar dlm kandungan. ia mmg takleh nak sorok2 sbb ia akan membesar...anti nak kah jika anti dituduh mengandungkan anak luar nikah sdgkan anti sudah berkahwin scr sah?? byk jln yg kita akan dapat jika kita banyak berdoa dan berusaha...cthnya rawat hati dgn amalan2 yg blh mendekatkan diri dgn allah..ssghnya Rasulullah saw tlh memberi jlnnya kpd kita bagaimna utk merawat jiwa yg lara dgn usikan nafsu yg kian membara.. jika tidak berjaya...tanamkan azam utk menghadapi sgl dugaan utk berkahwin..sprt yg sy katakan td berbncg scr berdiplomasi dgn kedua belah ibu bapa...atau cari sesiapa yg disegani oleh ibubapa utk berbncg hal ini... yg pntg jgn abaikan ibu bapa kalian berdua...bersabarlah dlm ujian allah ini...mgkn ada hikmah yg besar jika kalian berdua taat dan patuh pada hukum allah dan ibu bapa kalian... wallahualam...peace no war...*tata* 


6. aku_buntu: adik sue masalah kita hampir sama. cumanya saya telah bekerja begitu juga teman lelaki saya. bayangkan..betapa kecamuk jiwa kerana tidak diberi keizinan.ada sebabnya, tak perlu saya cerita masalah saya pula. niat adik sue baik..demi keredhaan Allah. memang jalan yg paling afdal ialah adik bawa berbincang atau sekurang2nya ibubapa adik tahu bahawa adik sedang bercouple. mungkin payah utk adik luahkan sementelah, kita terasa masih seperti anak2 kecil. saya faham bagaimana perasaan ingin berkahwin sangat2 demi mengelakkan zina. adakah adik ada lasan lain untuk berkahwin selain mengelak zina/dosa2 mendekatinya? jika tidak ada, sama juga seperti niat adik berkahwin hanya kerana nafsu.sama ada akan diberkati...Allahu'alam. tetapi, saya menyokong kiranya adik berkahwin daripada berbuat dosa. tetapi sudah fikir habiskah? jika anda dikurniakan cahyamata bagaimana?jika anda sendiri sudah kuat untuk menghadapi semuanya teruskan niat baik itu. tetapi, jangan sesekali membuang atau dibuang keluarga kedua-dua belah pihak. 


7. ya habibi: Bismillahirrahmaanirrahiim. Tak memberikan cadangan pun ni. Saja nak share cerita. Kakak saya menikah di usia muda. Sekarang dah nak berumur 28 tahun, baru ada dua orang cahaya mata ; lelaki dan perempuan. Sebelah keluarga ni, saya cuma ada anak saudara seramai dua orang. Mereka menikah semasa masing-masing masih belajar [suami kakak seminggu sahaja lagi dah nak abih belajar] dengan izin dan restu mak abah. Walaupun pada mulanya kakak pernah menceritakan bahawa mereka takut nak beritahu mak bapak masing-masing sebab mereka fikir mak bapak takkan izinkan. Tapi alhamdulillah. Sebaliknya yang berlaku.. Akhirnya mereka selamat dinikahkan. Lagi nak share.. Saya letakkan situasi pembuka thread ini sebagai kakak saya. Saya hanya seorang pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4, manakala kakak sedang berada di salah sebuah pusat pengajian tinggi untuk melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah. Saya bangga dengan kakak saya ni. InshaAllah, satu hari nanti saya nak mengikuti jejaknya pula. Pada suatu hari, tiba-tiba... Mak dan ayah sedang kesedihan sambil memberitahu bahawa kakak yang saya banggakan itu telah menikah tanpa pengetahuan kedua orang tua. Hati saya terluka.. bagaikan pecah sebanyak beribu-ribu serpihan kaca. Saya kecewa dengan kakak saya. Saya terluka dengan perbuatannya. Serta merta pandangan tinggi saya terhadap dirinya turun 100%. Uh! Saya tak nak jumpa kakak saya! Dia dah jauh dari kehidupan saya. Sanggup dia buat macam tu.. Siang malam saya berdoa untuk kakak,semoga kakak cemerlang dalam pelajaran dan tamat sekolah dengan berjaya.. Tetapi, rupa-rupanya.. Kakak tak fikir langsung pasal kitorang ni adik-adiknya. Sanggup kakak buat macam ni.. Saya sedih......... Sob9~ Sob9~ Sob9~ - Sekian sahaja Drama dari Saya - --------------------------- Bawalah berbincang dengan kedua orang tua.. Betul, sebaik-baik jalan adalah dengan menikah. Namun bukan semua jalan yang baik itu pintunya adalah dengan pernikahan. Kadangkala, jika kita berfikir dengan nafsu, maka semua kita nak jadikan nyata.. Cuba berfikir dengan iman, inshaAllah. Kamu akan mencabar diri kamu sendiri untuk menjadi seorang yang setia bukan sahaja kepada manusia yang kamu kasihi, juga kepada yang Haq menerima cinta. Jom ukhti, kita berfikir untuk jangka masa yang panjang.. Mungkin untuk 50 @ 100 tahun ke hadapan. Sekadar menyinggah~ 


8. cabai kering: assalamualaikom adik, pada pendapat akak seeloknya cuba dulu minta kebenaran kedua ibu bapa untuk berkahwin. Bak kata orang belum cuba belum tahu kan. Merahsiakan perkahwinan bukanlah sesuatu tindakan yang bijak, selain dari tidak mendapat restu ibu bapa ia akan membawa masalah di masa hadapan. contoh masalah dari segi undang-undang, masalah dari segi kewangan, masalah dari segi masyarakat dan masalah dari segi hati ibu bapa adik sendiri apabila mengetahui adik dan pasangan berkahwin tanpa restu mereka. akak faham tujuan adik untuk megelakkan zina dan sebolehnya tidak mahu kedua ibu bapa adik dan ibu bapa pasangan tahu, namun yakin kah adik dengan menikah dua kali rahsia adik tidak akan pecah?. kita tidak tahu di masa hadapan apa yang akan terjadi mungkin apabila ada masalah di dalam rumah tangga maka masa itu semuanya akan terbongkar. padangan masyarakat pula bagaimana? sedangkan mereka tidak tahu yang adik dan pasangan telah berkahwin. Katakanlah adik dengan pasangan duduk sebumbung, masyarakat tidak tahu kamu berkahwin dan melaporkan kepada pihak berwajib, selepas itu kamu akan di tangkap oleh pihak wajib dan di hadapkan ke mahkamah. Secara tak langsung masa tu rahsia kamu akan terbongkar juga. masalah jika kamu megandung semasa meyimpan rahsia, masa itu rahsia kamu akan terbongkar juga. masalah yang lain boleh kah kamu mendaftarkan perkahwinan kamu buat kali ke dua?. sebagai negara yang mempunyai undang-undang akak yakin nama kamu akan di senaraikan di jabatan agama islam sebagai pasangan yang berkahwin dan nanti sekiranya kamu kawin buat kali kedua, mesti kamu perlu mendaftakan sekali lagi bukan? melainkan kamu kawin di siam. Banyak masalah yang akan timbul dari kamu hanya nak selesaikan satu masalah tapi akan timbul bermacam-macam masalah lagi. Nasihat akak, cuba dulu usulkan niat kamu untuk berkahwin. doa selalu semoga lembut hati kedua ibu bapa kamu dan ibu bapa pasangan kamu. selalu solat hajat moga di permudahkan urusan kamu dan solat istikarah semoga betul keputusan kamu. di usia yang muda memang kita hanya memandang satu masalah tanpa memikirkan masalah yang lain. Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya kedua ibu bapa kamu dan ibu bapa pasangan kamu tahu yang kamu berkahwin tanpa izin, luluh dan hancur hati mereka. Membesarkan anak bukan umpama membela kucing, atau menternak itik tapi segala kudrat di curahkan kepada kamu segala pengorbanan di lakukan untuk kamu dan adik beradik kamu, sanggup kamu nak luka kan hati mereka?. Tentang wali, siapa kamu yang boleh menghukum ayah kamu tak boleh jadi wali hanya kerana satu artikel, bukan mudah yer nak menghukum lebih-lebih lagi kamu anaknya yang ditatang dari kecil. adik, jangan pikir masa sekarang sebaliknya anggap ini ujian buat kamu dan pasangan. kamu belum lagi usaha ataupun menyatakan hasrat untuk bernikah, cuba dulu. kamu boleh rujuk thread bagaimana memberitahu ibu bapa untuk berkahwin... 


9. rasailul aswaq: Ya macam mana dengan si baby tu nanti.. takkan nak gugurkan? takkan nak jawab anak angkat? Dah kamu buat mak bapak kamu sedih, tambah pulak nak buat anak sedih~ Baik kamu yang bagitau mak bapak dari depa dapat tau dari mulut orang. Mungkin ja family kamu boleh izin anak kahwin awal.. tak cuba tak tahu kan?


10. leokidx: Tanya dulu... Kalau tanya, tak tentu boleh dapat atau tak dapat. Tapi kalau tak tanya, konfem tak dapat. Ahaha. Parents tak bagi bukan sebab still study ke ape. Tapi sebab tak nampak kematangan anda. Kena prove it la. First time tanya, most probably diorang tak kasi. Then rilek2 la, jangan buat perangai, tunggu angin reda dulu, sebulan dua pastu tanya lagi. Dalam masa yg sama, tonjolkanla kematangan anda. Macam mana parents nak bagi keizinan, kalau time cuti kat rumah pun bangun tdo pukul 10, tgk tv je, tak tlg mak kat dapur etc etc. Sekadar contoh jela. Hehe. Yang penting, jangan terlalu awal memikirkan solusi bagi masalah yang belum tentu lagi akan timbul. Pegi tanya dulu, pujuk dulu. Nak tanya/pujuk diorg pun, bukannya sekali tanya je terus dapat/xdapat. Macam2 method boleh guna nak pujuk. Bawak pasangan datang rumah, tunjuk kat parents. Tulis surat, email kat ayah. Mintak pakcik, makcik tlg pujuk. etc etc. Tapi bagitau pun tak, pujuk pun tak, terus nak kahwin lari? (Ya, kahwin tanpa pengetahuan sesiapa, itu kahwin lari ye). Lagi la diorang marah and tak percayakan anda nanti. Takde jalan singkat ke atas sesuatu kebahagiaan, cik suesyada. Orang tua2 kata, benda yang senang dapat tu la benda yang senang hilang/pergi. Benda yang susah, cabaran yang ditempuhi itu yang akan buatkan anda lebih menghargainya kelak. Nasihat seterusnya agak keras sket: Anda nak mengelak neraka Allah kerana tidak mahu bermaksiat. Harapnya anda tidak masuk neraka Allah kerana menjadi anak derhaka. Fikir-fikirkan. Wallahua'lam. 


11. cahayapencinta: *assalamualaikum jangan lah buat macam tu..sian kat mak ayah..restu tu penting..tanya dulu.. kalau tak kasi baru lah boleh kata mak ayah tak kasi..tapi antara restu dan keinginan, saya rela tahan keinginan daripada tak dapat restu mak.. semoga saya boleh terus bersabar untuk mak..*pray* selepas Allah dan nabi s.a.w siapa yang patut kita dengar? ummi, ummi, ummi.. 


12. purdah: lebih baik bg tau ibu bapa..... 


13. lebah87: Ehehe. Setuju jugak. Itu faktor utama tuh. *grindance**grindance**grindance* Jangan kerana cinta kita ketepikan keluarga. Takkan bila senang tinggalkan keluarga. Bila susah cari keluarga. Ada ke patut? isk..isk.. Tak patut. *geleng 3kali* 


14. thekatyusha: sue. Komen para forumer di atas adalah bertujuan utk mengekalkan status anda sebagai seorang anak solehah. Aku pasti bahawa anda kurang senang dgn lontaran komen yang dibuat oleh forumer lantaran rata-ratanya tidak memihak kepada situasi anda. Kenyataan anda yang kedua pun sudah dapat kutangkap akan apa yang ada di dalam hati anda. Ketahuilah bahawa ketika ini, anda sedang kemaruk bercinta... Kat sini aku pecahkan masalah ko satu persatu.. Aku melihat punca permasalahan ko nak kahwin cepat adalah disebabkan ko SELALU berjumpa dgn pakwe ko..... Kerana itu apabila ada 'macam-macam' aktiviti sepanjang perjumpaan 'tanpa tauliah', maka kerana itu masing-masing kemaruk nak bernikah. Justeru itu, dgn umur pakwe ko pun 19 tahun lagi (aku kira seperti bro kid cakap,) aku anggarkan pakwe ko masih tidak matang dalam menunaikan tanggungjawab seorang suami... Seperti kata para forumer yang lain, kalau dah mengandung camana? Ko sendiri dah meyatakan yang ko dah tak tahan dan tak boleh berjauhan. Sekiranya ko dan pakwe ko menganggap perkahwinan pada usia 19 tahun adalah penyelesaian terbaik, aku jawab, utk peringkat umur ko pada masa kini, ia merupakan jalan terakhir tetapi BUKAN penyelesaian utama. Ko sendiri sudah mengakuinya bahawa ko dan pakwe ko terlalu muda. Jangan kata ko nak gunakan duit pinjaman PTPTN utk buat bernikah... Duit tu Allah permudahkan utk ko mentela'ah pelajaran.. Jangan kerana ko nak menikah, habis seluruh keburukan keluarga ko dijadikan alasan utk mempercepatkan proses pernikahan. Adakah ini dikira tindakan yang matang? Cadangan aku utk ko selesaikan masalah ini adalah:- Elakkan kerap berjumpa. Cukup sekadar bertelefon. Tapi kalau dah 'desperate'. Kalau ko nak jumpa pun sebulan sekali dah cukup bagus.. Kedua. Sibukkan diri dgn aktiviti ko-kurikulum. Persatuan dan sebagainya. Tengok plak reaksi pakwe ko. Kalau dia asyik merajuk, itulah tandanya pakwe ko tak cukup matang dalam menangani perbezaan cara hidup. Ketiga. Kalau cuti pendek / panjang, balik kampung. Jumpa mak bapak. Berhibur dgn diorang. p/s: Ketika bercinta, semuanya indah. Kentut makwe/pakwe pun dikatakan wangi.. p/s2: Aku pernah terdengar luahan hati seorang isteri apabila dia selalu sangat berjumpa dgn suaminya sebelum kahwin.. "Aku bosanlah tengok muka laki aku!" 


15. ohcintakulaptop: Ayayay. Apalah sangat cabaran 'zina' tu kalau nak dibandingkan dengan cabaran yang lagi BESAU selepas perkahwinan? Haih >.< Kalau 'zina' ini pun sudah cukup untuk membuatkan hidup seseorang itu kacau bilau ibarat hurricane, macam mana nak hadapi tornado dan el-nino serta segala macam adik-beradiknya lepas berkahwin? Jangan fikir 'masa sekarang' sahaja kak.. Fikirkan 'masa akan datang' juga. Banyak cara lagi yang boleh dijadikan 'preventive steps' Cara berpuasa, dekatkan diri kepada Allah, elakkan bertemu dengan si dia (seperti cadangan akh thekatyusha). Ini yang menjadi punca anda berdua semakin 'tidak tahan' dan takut kalau2 berzina. Aiyoo..


Sumber: http://komuniti.iluvislam.com/topic/21149-merahsiakan-perkahwinan-daripada-pengetahuan-ibubapa/


0

0

No comments:

Post a Comment