ME IS ME

My photo
assalamualaikum and hello world.. i am teh azra, writer of tehazra.blogspot.my.. nice to meet you.. thanks for watching, reading, feeling and comment.. have a nice day..!

Friday 12 August 2011

Ciri2 lelaki yg xboleh dijadikan suami/teman lelaki


Kali ni, saya nak tulis pasal ciri-ciri lelaki yang tak best saja untuk kita pilih dan jadikan sebagai teman hidup. Sesekali kena tukar gender untuk dijadikan bahan kutukan. muahahaha.

Selalu sangat saya dengar orang cakap tentang ciri-ciri buruk wanita. Konon yang kuat membebel, kuat bershopping, tak tahu masak, pemalas, materialistik and banyak lagi woo.

So, rasanya kali ni..saya dalam mood nak bikin lelaki panas pulak. kehkehkeh. Boleh naa?? 

Kalau nak senaraikan semua, im sure banyak ni nak wat kutukan baja hitam. muahahaha.Tapi, tak apalah. Saya kutuk 4  point aja kali ni. Maybe, kalau ada yang nak tambah. Silakan. No problem. hehehehe

Ciri-ciri lelaki hawau:-

1- Kaki perempuan

Pergh. Saya pantang gila kalau ada geng lelaki yang perangai dia kumpul list awek. Kalau hari ni nama awek dia Ayam, selang 4 hari dah tukar nama jadi Ayamas pulak. Even, nama nak sama tapi Ayam dan Ayamas bukanlah orang yang sama.

Bila orang tanya, mana Ayam? Dia akan jawab dengan slumber “Ayam tu tak boleh pakai. Servis tak bagus.”
Oh, dasar lelaki. Ingat perempuan ni hidup untuk melayan nafsu kuda kamu aje naa???

2- Kaki kelentong

Hahahahaha. Kalau hal yang ini, jangan terkejut mak nenek naa. Ada aja teman wanita yang tak perasan pun perangai boyfie/suami dia camni. Ada yang dah kawan sampai bertahun-tahun pun tak tahu woo.

For me, kaum lelaki adalah kaum yang paling teror bab kelentong.Kalau perempuan ni, kelentot dia terhad sikit. Macam saya, khusus untuk kelentong lecturer lah biasanya. muahahaha.

Tetapi, kalau lelaki ni…kelentong dia pelik sikit. Kalau bukan lelaki ni bukan jenis hawau sekalipun, dia tetap kelentong jugak tapi limited edition sikitlah.hahahaha. Cuma, kalau dah nak pi jumpa kawan nak tengok bola pun kelentong cakap nak pi surau ada kenduri tahlil..apa kes kan????? Oh, siapa yang terkena itu????????? hahahahaha

3- Kaki cemburu buta

Cemburu dengan cemburu buta lain woo. Kalau cemburu saja, is normal for me. Kan? Kalau cemburu buta ni makan hati woo. Saya, so far tak pernah pulak ada boyfie yang cemburu buta. If tak, sure meroyan siut. hahahaha.

Tapi, my friend selalu sangat kenal dengan lelaki yang cemburu buta ni. Sumpah, sadis woo. Biasanya, lelaki yang kuat cemburu buta ni…ada extra perangai tau. Pemarah!! agree or not???

4- Kaki pow duit awek

Ini contoh lelaki yang tak boleh pakai langsung. Bak kata sepupu saya pun, membazir kalau bela lelaki macam ni. Sah-sah tak boleh jadi suami woo. belum kahwin pun, spender nak suruh awek yang belanja. Apa kejadah kan? Kalau pi kedai makan, jangan harap dia nak keluarkan duit. Tapi, ada jugak perempuan bangang!!!!!!! Sayang and cintun konon. Podachi. Baik elakkan lah wei dengan lelaki macam ni. Haiya.


:: sila berterima kasih kepada Lizz dari blog www.lizarazak.com kerana telah menulis dan berkongsi artikel ini.. semoga beliau bahagia dunia n akhirat ::

No comments:

Post a Comment