ME IS ME

My photo
assalamualaikum and hello world.. i am teh azra, writer of tehazra.blogspot.my.. nice to meet you.. thanks for watching, reading, feeling and comment.. have a nice day..!

Saturday 13 August 2011

HUKUM ROGOL TANPA KERELAAN


Di dalam feqah tidak ada perbincangan khusus mengenai hukum rogol. Maka ia tidak termasuk dalam hukuman hudud. Sebaliknya ia termasuk dalam takzir iaitu ditentukan oleh pemerintah.

Dalam Islam, mangsa rogol tidak perlu membawa 4 saksi. Ini berdasarkan satu hadis: Pada suatu hari seorang wanita telah meninggalkan rumahnya dan pergi sembahyang di masjid. Dalam perjalanan dia telah dirogol oleh seorang lelaki. Wanita itu menjerit sewaktu dia sedang dirogol. Setelah itu lelaki itu melarikan diri.

Sekumpulan lelaki (muhajirin) terjumpa wanita tersebut dan menunjuk ke arah lelaki progol itu berlari dan menyatakan "saya telah dirogol". Mereka kemudian berlari ke arah itu dan berjaya menangkapnya dan bila ditunjukkan kepada wanita itu, wanita itu berkata "ya, dia lah orangnya".

Mereka berjumpa dengan nabi saw dan lelaki itu mengaku " ya nabi sayalah yang telah merogolnya." Nabi saw berkata kepada wanita tersebut: " Pergi sekarang Tuhan telah mengampunkan kamu". Nabi saw berkata kepada lelaki tersebut: "Rejam dia". Baginda bersabda: "Dia sebenarnya telah menyesali kesalahannya dan sekiranya seseorang itu telah mempelajari kesalahannya, seluruh penduduk Madinah juga akan memahaminya." HR At Tarmizi dan Abu Daud.(Ibn al-Atsir, Jami al-Ushul, IV/270, no 1823).

Begitu juga dalam athar yang lain: Dari Nafi mawla Ibn Umar berkata: "Bahawa Shafiyyah bin Abi Ubaid melaporkan: "seorang hamba lelaki berjumpa seorang hamba wanita dan merogolnya. Jadi Khalifah Umar menyatakan hukum dia dengan rotan tetapi lepaskan wanita itu. HR Bukhari dan Malik (Ibn al-Atsir, Jami al-Ushul, IV/269 no 1822).

No comments:

Post a Comment