ME IS ME

My photo
assalamualaikum and hello world.. i am teh azra, writer of tehazra.blogspot.my.. nice to meet you.. thanks for watching, reading, feeling and comment.. have a nice day..!

Saturday 13 August 2011

Nikah di Selatan Thailand


Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kemudian saya telah bernikah dengan seorang janda di Selatan Thailand 3 tahun lepas tanpa pengetahuan isteri pertama saya dan seluruh ahli keluarga saya. Soalan saya ialah :
  1. Bagaimanakah prosedur sekiranya saya ingin mendaftarkan perkahwinan saya itu di Malaysia?
  2. Adakah saya akan didakwa atau didenda?
  3. Adakah perlu saya dinikahkan semula dengan wali yang sah?
  4. Adakah rahsia perkahwinan saya yang kedua ini akan terbongkar sekiranya mendaftarkan perkahwinan saya ini?
Jawapan
  1. Pernikahan di luar negara hendaklah didaftarkan semula di negara ini, tuan boleh hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (merujuk kepada alamat tempat tinggal semasa pernikahan dilaksanakan) dengan membawa dokumen-dokumen pernikahan dan dokumen diri. Satu sessi temubual bagi mengenalpasti cara pernikahan dan pengecaman sijil nikah akan dilaksanakan. Hanya apabila pendaftar nikah, cerai dan rujuk berpuas hati dengan keterangan lisan dan dokumen tersebut barulah pernikahan tersebut boleh didaftarkan mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam di negeri tersebut.
  2. Tuan hanya akan didenda sekiranya dibuktikan telah melanggar peraturan Pendaftaran Perundangan Islam di Malaysia.
  3. Pernikahan semula dengan wali kepada pengantin wanita hanya boleh dilaksanakan semula sekiranya terbukti selepas siasatan (temubual tadi), pernikahan tuan adalah menyalahi peruntukan di dalam hukum syara' / tidak sah.
  4. Rahsia perkahwinan tersebut tiada hubung kait dengan pengurusan pendaftaran pernikahan. Sudah menjadi tanggungjawab tuan untuk berlaku adil dan melaksanakan tugas sebagai seorang suami mengikut hukum Syara'. Merahsiakan perkahwinan berterusan akan menimbulkan lebih banyak permasalahan di masa-masa akan datang.
Sekian, wallahu'alam.



Sumber: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=326&Itemid=8

No comments:

Post a Comment