ME IS ME

My photo
assalamualaikum and hello world.. i am teh azra, writer of tehazra.blogspot.my.. nice to meet you.. thanks for watching, reading, feeling and comment.. have a nice day..!

Saturday 13 August 2011

QANUN JINAYAH SYAR'IYAH


Di dalam Surah al-Maaidah : 41, firman ALLAH SWT yang bermaksud,

"Wahai rasul, janganlah kamu bersedih hati, kerana orang-orang yang segera kembali kafir adalah dikalangan orang-orang yang hanya menyatakan beriman di lidah, sedang hati mereka belum beriman kepada ALLAH. Dan di antara orang-orang yahudi itu, ada yang gemar mendengar berita dusta dan mendengarkan kaum yang lain yang belum datang kepada mu (Muhammad). Mereka mengubah kalimah dari tujuannya. Mereka berkata (kepada utusan yang diutuskannya kepada Muhammad) : Jika kamu diberi yang serupa ini, maka terimalah. Jika tidak, maka berhati-hatilah kamu. Dan sesiapa yang dikehendaki oleh ALLAH kesesatannya, maka kamu tidak berkuasa untuk mengubah kehendak ALLAH, walau sedikit pun. Mereka itu ialah orang-orang yang tiada dikehendaki ALLAH akan mensucikan hati mereka. Untuk mereka itu kehinaan dan di akhirat tersedia siksa yang berat."

Saudara saudari muslimin muslimat yang dikasihi dan dihormati sekelian. Didalam Surah al-Maaidah:41, ALLAH SWT menceritakan tentang manusia yang enggan mentaati perintah ALLAH dan Rasulullah s.a.w.. Puak-puak ini adalah puak-puak yang lebih mengutamakan pendapat peribadi mereka mengatasi daripada apa yang disyariatkan oleh ALLAH SWT. Sehinggakan ALLAH SWT kata kepada Rasulullah s.a.w.,"Wahai rasul, janganlah kamu berdukacita dengan golongan yang segera menuju kepada kekafiran..."...Ini menunjukkan kepada kita bahwa sebahagian manusia di zaman Nabi s.a.w., suka sangat membuat sesuatu benda yang begitu cepat menuju kepada kekufuran, yakni perbuatan yang boleh membatalkan syahadah mereka....Siapakah mereka ini?...Mereka inilah yang disebut ALLAH dalam ayat di atas sebagaimana golongan yang mulut mereka mengatakan, "Kami beriman kepada ALLAH SWT."; tetapi sebenarnya hati mereka tidak beriman kepada ALLAH SWT. Perbuatan seharian mereka sentiasa cenderung menuju kepada kekufuran dan ingkar kepada ALLAH SWT.

Ibn Khathir dalam tafsirnya al-`Azim mengatakan bahwa puak-puak yang disebut di atas ini adalah golongan yang mengutamakan pendapat peribadi mereka melebihi daripada syariat ALLAH TA`ALA itu sendiri. Segala ketetapan daripada ALLAH, mereka tak pakai. Sehinggakan perangai puak-puak ini disebut oleh ALLAH dalam ayat di atas, dimana mereka berkata, "Kalau kamu berjumpa dengan Nabi dan tanya masalah kepadanya ataupun minta pandangannya tentang hukum, dan kalau kamu dapati hukuman daripada Rasulullah itu serupa dengan apa yang kita hendak, maka ambillah hukum itu. Tetapi kalau keputusan Nabi s.a.w. itu tak serupa dengan apa yang kita hendak, maka jauhilah daripada hukum yang akan diberikan oleh Nabi s.a.w.."...Agak-agak tuan-tuan perangai siapakah mereka ini?...Sapa lagi kalau bukan kaum yahudi laknatullah, sepertimana yang diceritakan oleh ALLAH kepada kita.

Orang-orang yahudi ini adalah umat Nabi Musa a.s. yang dikurniakan oleh ALLAH TA`ALA dengan kitab Taurat, yang mana pada hari ini lebih dikenali dengan istilah "old testament". Dalam kitab Taurat itu, ALLAH SWT telah pun menyebut berkenaan dengan hukuman rejam dengan batu sampai mati kepada para penzina. Jadi, undang-undang "rejam dengan batu sampai mati" ini bukan setakat undang-undang kepada umat Muhammad s.a.w. sahaja, malah ianya juga adalah undang-undang yang termaktub di dalam kitab orang-orang yahudi, iaitulah Taurat yang diberikan oleh ALLAH TA`ALA kepada Nabi Musa a.s.. Tetapi puak-puak yahudi pada zaman Nabi s.a.w., mereka tak suka dengan hukuman "rejam dengan batu sampai mati" ini. Lalu mereka sepakat untuk mengubahnya kepada hukuman membedakkan muka dengan arang biar hitam keseluruhannya kepada sesiapa yang berzina dan diarak sekeliling kampung. Inilah dia undang-undang yang dibuat oleh orang-orang yahudi bagi menggantikan undang-undang yang diturunkan oleh ALLAH SWT.

Cerita asal macamana boleh bertukar hukum ini ialah pada zaman dahulu orang-orang yang suka berzina dikalangan kaum yahudi adalah kebanyakannya tergolong dikalangan orang-orang besar (yakni puak-puak menteri dan orang-orang kaya). Orang-orang miskin pun ada juga yang berzina, tapi yang ibu maksiatnya ialah dari kalangan orang-orang kaya yang berpangkat tinggi-tinggi. Jadi, bila berlaku sedemikian rupa, maka pendita-pendita yahudi pun menjadi susah hati. Mereka menjadi serba salah sebab bila berlakunya orang miskin ditangkap berzina, hukuman rejam dengan batu tetap dijalankan. Tetapi tiba-tiba bila geng-geng datuk/bangsawan/menteri dikalangan orang-orang yahudi itu pula ditangkap berzina, hukuman boleh berubah menjadi lain pulak. Inilah yang membuatkan para pendita tadi susah hati. Maka akhirnya mereka mengambil satu ketetapan, "Nak senang macam nilah. Kita standardizedkan saja hukum berzina ini, iaitu kalau sapa-sapa yang berzina, maka kita bedakkan dia dengan arang. Biarkan hitam belegam kulitnya dan selepas itu, kita arak dia sekeliling kampung."...Inilah kisahnya. Jadi, yang boleh bertukaq hukum tu ialah disebabkan hanya nak jaga hati geng-geng menteri, orang-orang kaya dan golongan-golongan bangsawan yang suka berzina dari kalangan puak-puak yahudi rupanya.

Serupalah dengan cerita yang dok ada dalam negara kita hari ini. Punyalah "kita" nak jaga hati orang-orang besar yang tertentu (yang kaki maksiat, kaki arak dan kaki betina ni), sehinggakan "kita" tak berani untuk menjalankan hukuman yang diturunkan oleh ALLAH seperti hukum sebat kepada orang yang minum arak dan rejam kepada yang berzina umpamanya....Pasai apa "kita" jadi lagu tu?...Ini adalah disebabkan pemimpin yang "kita" dok ikut tu adalah juga dari golongan yang suka buat kejahatan....Jadi, cerita dahulu dengan sekarang, sama saja tuan-tuan. Sebab itu, ALLAH sebut cerita sebegini dalam al-Quran, supaya kita umat akhir zaman boleh mengambilnya sebagai ikhtibar. Sebab itulah juga kita akan mendapati bahwa sejarah sebegini, dia akan berulang-ulang; iaitu daripada satu tamadun ke satu tamadun yang lain, dan daripada satu bangsa kepada satu bangsa yang lain. Oleh sebab itulah, apa yang berlaku kepada orang-orang yahudi pada zaman dahulu, berlaku juga kepada "kita" pada hari ini. Apabila ALLAH TA`ALA sebut dalam al-Quran bahwa hendaklah dijalankan hukuman sebat 100x atau rejam sampai mati kepada orang yang berzina, tiba-tiba kita tidak mahu menerima hukuman yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT itu; dengan "kita" tukarkannya kepada denda atau penjara sahaja.

Menurut asbabul nuzul; memang sebelum turunnya ayat ini, telah berlakunya satu kejadian tertangkapnya seorang yahudi berzina. Kalau ikut hukum sebagaimana yang mereka sebut tadi, maka hendaklah si penzina itu dibedakkan dengan arang dan dipertontonkan dikhalayak ramai. Tapi pada masa itu, orang-orang yahudi telah pun menerima Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin mereka. Jadi, ada sebahagian dikalangan mereka berpendapat lebih baik pi tanya Nabi s.a.w. dulu sebelum menjatuhkan hukuman kepada penzina itu tadi. Lalu berpesanlah orang-orang yahudi itu kepada utusan mereka, "Kalau Nabi kata bahwa orang yahudi yang berzina hendaklah dibedakkan dengan arang sampai hitam dan kemudian itu kena arak seluruh kampung, maka ambillah hukuman daripada Nabi itu. Tetapi kalau Nabi jawab lagu lain iaitu tak serupa daripada apa yang kita hendak, maka janganlah kamu ambil hukuman daripada Nabi itu."...Inilah yang ALLAH SWT cerita kepada kita. Yakni berkenaan dengan perangai puak yahudi yang pergi rujuk kepada Rasulullah s.a.w. bukannya untuk menerima keadilan/kebenaran, tetapi mereka hanya nak kepastian yang Nabi s.a.w. ikut selera mereka. Kalau Nabi s.a.w. tak nak ikut selera mereka, maka mereka tak mau terima pakai hukum daripada Nabi s.a.w. itu. Tapi kalau Nabi s.a.w. mau ikut selera mereka, maka barulah mereka terima Nabi s.a.w. sebagai pemimpin mereka. Inilah dia contoh perangai manusia yang berani menentang ALLAH sehingga sanggup pinda undang-undang daripada ALLAH SWT.

Begitu jugalah apa yang berlaku dalam satu peristiwa yang lain; dimana apabila Nabi s.a.w. tanya kepada orang-orang yahudi, "Apa yang ada dalam kitab Taurat kamu berkenaan dengan hukum bagi orang yang berzina?"...Lalu mereka cuba menipu Nabi s.a.w. dengan menyatakan, "Yang ada dalam Taurat kami ialah hendaklah dibedakkan dengan arang, kemudian tu diarak seluruh kampung."...Tapi Nabi s.a.w. bukan tak tahu dengan puak yahudi yang suka menipu ni, lalu Nabi s.a.w. mengarah supaya dipanggil 2 orang alim daripada ajaran yahudi untuk ditanya, "Betoi ka, dalam Taurat itu mengajar orang-orang yahudi supaya sesiapa yang berzina, hendaklah dibedakkan dengan arang dan lepas itu diarak seluruh kampung?"...Maka bila datangnya 2 orang alim daripada ajaran yahudi itu, lalu mereka menyatakan bahwa sebenarnya yang ada dalam kitab Taurat yang diturunkan oleh ALLAH TA`ALA kepada Nabi Musa a.s. ialah direjam dengan batu sampai mati. Inilah dia jenayah yang dilakukan oleh orang-orang yahudi terhadap ALLAH SWT. Sehingga ALLAH sebut dalam ayat di atas kepada Rasulullah s.a.w., "Wahai rasul, janganlah kamu sedih dengan sikap manusia yang cepat sangat nak kufur dengan ALLAH TA`ALA."...Siapakah mereka itu?....Iaitulah kata ALLAH, "Mereka lah dari golongan yang mulut mereka mengatakan bahwa mereka beriman dan percaya serta terima ALLAH sebagai Tuhan, tetapi sebenarnya hati mereka tidak langsung percaya, tidak beriman dan tidak menerima ketetapan daripada ALLAH SWT."

Lalu ustaz Jailani pun menceritakan satu contoh perangai manusia seperti apa yang kita perkatakan di atas tadi. Peristiwa ini berlaku pada bulan lalu di dalam sebuah mahkamah tinggi. Di mana pada kebiasaannya, apa yang diperkatakan oleh Hakim tak pernah pun membabitkan tentang hal yang luar daripada sesuatu kes yang dibicarakan. Tetapi pada pagi tu, tak tau lah pasai apa, tiba-tiba saja di depan para peguam dan kakitangan mahkamah pun ada (cerita ni dalam mahkamah, bukannya dalam bilik hakim), Hakim kata, "Bala` apa yang dah kena pada negara kita pada hari ini?..."...Maka pakat tercenganglah semua yang ada dalam dewan mahkamah hari tu. Kata hakim tu lagi, "Cuba baca suratkhabar hari ini..."...Kebetulan hari tu, paper dalam negara kita sedang hangat menceritakan tentang 2 kes pembunuhan/sembelihan yang berlaku antara ahli keluarga dan sebagainya. Kemudian kata hakim tu lagi, "Bala` bencana yang berlaku pada hari ini, puncanya adalah disebabkan adanya sesetengah dikalangan kita yang tak reti pasai hukum, tapi nak bercakap juga pasai hukum."...Menurut ust Jailani, nampak memang hakim tu marah betoi pada pagi tu. Hakim mana pernah bercakap lagu tu dalam mahkamah, tapi tiba-tiba tak tau lah pasai apa hari tu boleh terkeluar kenyataan seperti itu. Mungkin dia tak boleh nak tahan lagi dah kot....Rupa-rupanya yang dia marah sangat tu ialah kepada ketua si puteri umno kita tu. Yang mana si puteri umno itu telah mendesak ulama` supaya menarik balik pengiktirafan bahwa cerai adalah sah walaupun melalui SMS (short message service).

Si puteri umno ni sapa?...Memanglah beliau seorang peguam, tapi peguam sivil saja. Tak mengaji pun bidang syariah, tudung pun tak pakai; tapi tiba-tiba dia nak bercakap tentang hukum agama sehingga boleh mendesak ulama` supaya menarik balik pengikhtirafan penceraian melalui SMS....Inilah yang menjadi trend permasalahan masa kini. Yakni orang yang tak layak cakap pasai hukum, dia nak cakap jugak. Apa dia ingat hukum ni tok wan dia yang buat ka?...Sampai nak buat main-main lagu tu. Boleh suruh tukar ikut selera dia. Sebab itu, kita suruh tengok betoi-betoi apa yang ALLAH bagitau dalam ayat yang di atas tadi. Iaitu kita tak boleh ikut pendapat peribadi untuk menjadikan hukum. Mana boleh kita tukar benda yang telah ditetapkan oleh agama. Ulama` pun, bilamana dia nak mengeluarkan sebarang fatwa, dia tak boleh ikut pendapat peribadi dia. Dia mesti rujuk kepada nas/authority yang ada dalam al-Quran/as-Sunnah/ijmak ulama`/qias.

Baik; apa dia SMS?...SMS bermaksud short message service (perkhidmatan pesanan ringkas). Sapa-sapa yang ada h/phone tu, dia mesti tau punya. Contohnya; katakanlah kita di Terengganu nak contact kawan di Johor; jadi nak bersembang tu tau saja lah, takut sat lagi melalut panjang, charge pun panjang jugak la. Jadi cara nak berjimat ialah kita taip kat key-pad, kemudian kita send message tu. Melalui cara ni, kita hanya di charge sekupang saja, walaupun kawan kita tu ada di Johor....Okay sekarang berbalik kita kepada isu yang dibangkitkan; iaitu apakah hukumnya kalau suami menceraikan isterinya melalui SMS?...Contohnya lagu ni; katakanlah ada seorang suami yang bergaduh dengan isterinya di rumah, kemudian dengan perasaan marah dia pun keluar. Dia pun pi round sejam dua jam kat Kuala Terengganu, lepas tu dia ambik keputusan untuk menceraikan isteri dia. Lalu dia pun keluarkan h/phone dan taip kat key-pad, "Minah!...abang ceraikan kamu dengan talak satu."...Kemudian dia send. Minah pun bila h/phone dia bunyi, tengok-tengok message dari suaminya yang menyatakan bahwa dia telah diceraikan. Cara inilah yang dibahaskan oleh para ulama` di UAE dan kemudiannya diulas oleh mufti Wilayah Persekutuan, yang mengatakan bahwa cerai cara demikian adalah sah mengikut hukum syara`, sebab niat dalam hati si suami itu telah direalisasikannya melalui h/phone. Dalam hukum syara`, bilamana si suami itu melafazkan perkataan cerai melalui apa saja walaupun tanpa didengari atau dilihat oleh seorang saksi pun, maka ia tetap sah penceraian tersebut. Inilah sebabnya benda cerai ni jangan kita buat main-main.

Jadi pointnya disini, apa yang kita nak bagitau ialah kalaulah kita seorang yang tidak memahami hukum agama, lebih baik kita jangan bercakap tentang hukum agama...Serupalah dengan group yang menamakan diri mereka dengan panggilan "Sisters In Islam"  tu; yang keluar bulan lalu di tv dalam berita lewat malam. Wakil mereka yang keluar bercakap dalam tv tu, pakai tudung pun tak betoi (fesyen woody woodpecker nampak jambul punya stail. Setengah daripada ahli depa, kadang-kadang kita tengok, tudung pun tak pakai); tapi nak bercakap pasai agama....Okay, apa yang diulaskan pada malam itu ialah berkenaan dengan sebahagian daripada masyarakat berpendapat bahwa rogol adalah berpunca daripada gejala sosial yang berlaku. Antaranya ialah kerana wanita-wanita kita yang berpakaian seksi. Lalu si wakil itu pun mengulas dengan mengatakan bahwa, "Sebenarnya kejadian rogol ni bukanlah disebabkan wanita berpakaian seksi. Kalau sebab pakai seksi; pasai apa pula budak umur 5-6 tahun pun kena rogol jugak?...Budak umur 5-6 tahun tu seksi ka?"...Amboi-amboi-amboi, terer juga si jambul kita berhujah ya!...Tapi apa yang kita nak bagitau kat orang macam ni ialah Nabi s.a.w. pernah menyebut dalam sebuah hadith baginda yang bermaksud,"Takutlah kamu kepada dunia dan takutlah kamu kepada perempuan. Sesungguhnya kerosakan yang pertama yang berlaku kepada Bani Israil adalah datangnya daripada kaum wanita."...Kemudian para ulama` pun membahaskan hadith ini dengan mengatakan bahwa sebenarnya Islam tidaklah menghina kaum perempuan, tapi cumanya maksud hadith ini ialah untuk menyatakan bahwa kehancuran sesuatu bangsa adalah berpunca daripada seks....Contohnya; kalau kita nak hancurkan seseorang lelaki yang baik, maka kita gunalah wanita yang jahat. Seperti apa yang saya pernah dengar (tapi lupa kat mana), "Sehebat mana pun lelaki atau setinggi mana pun lelaki itu mengaji; tapi kalau diumpan dengan perempuan, lelaki yang hebat itu tetap terkulai walaupun perempuan tu tak mengaji."...Begitulah juga kalau nak rosakkan perempuan, digunanya lelaki. Sepertimana apa yang berlaku kepada anak-anak dara Melayu kita hari ini yang dah murtad masuk kristian/hindu; pasai apa?...Pasai depa terpaksa ikut boyfriend yang berfahaman kristian/hindu tu; sebab dah bercinta dah, dah kena peluk dah, dah kena raba dah, dah tidoq sekali dah, dah berzina dah, dah mengandung dah; jadi nak buat apa lagi??!!...MURTAD lah jawabnya!....Inilah yang kita kata tadi, iaitu ia berpunca daripada seks. Sehingga menyebabkan mereka sanggup lari ikut boyfriend, walaupun boyfriend depa itu kristian/hindu. Inilah dia contoh kesan daripada maksud hadith Nabi s.a.w. itu tadi.

Sebab itulah kita mengatakan bahwa sebab berlakunya masalah rogol ni adalah kerana ransangan seks yang tidak terkawal. Selain daripada vcd dan majalah lucah, di antara punca yang boleh meransangkan nafsu seks lelaki ialah pakaian yang "temuak" yang ditonjolkan oleh wanita-wanita yang jahat. Contohnya, cuba kita lihat orang-orang lelaki yang belum lagi kahwin umpamanya; kalau syahwat depa teransang akibat tonton video lucah, agak-agak tuan-tuan depa nak lepaskan kat mana?...Takkan dia nak lepaskan syahwatnya kat tv kot?...Tuuu yang kita dengaq ada yang sanggup rogol adik sendiri, yang rogol tunang dia, yang rogol girlfriend dia, yang rogol jiran dia; inilah yang akan berlaku. Jadi, bukanlah masalah budak 5-6 tahun tu seksi ka tak seksi; tetapi ini adalah masalah ransangan daripada tv. Serupalah jugak kalau dia tengok amoi pakai seksi lalu depan dia; kalau dia sanggup rogol amoi tu tadi, maka syaitan pun akan tunjuk jalan kepada dia. Tapi kalau dia tak sanggup buat dikhalayak ramai, maka dia akan cari jalan lain pulak seperti pelacur ka apa ka...Jadi bila berlaku seperti keadaan sedemikian, maka benarlah apa yang disebut oleh Nabi s.a.w. bahwa kehancuran yang berlaku kepada sesuatu tamadun adalah berpunca daripada permasalahan seksual. Inilah yang perlu masyarakat kita faham...Sebab itu, bagi sesiapa yang tak mengaji dan tak faham tentang agama, maka lebih baik dia jangan bercakap. Sebab kita takut nanti apabila dia bercakap juga, mungkin boleh mengubah hukum ALLAH SWT sepertimana yang kita baca dalam Surah al-Maaidah:41 tadi. Ini boleh mengakibatkan terbatalnya syahadah...Nauzubillah.

Dan yang bersangatan peliknya manusia hari ini, sehingga ada yang sanggup memperlekehkan sembahyang hajat. Seolah-olah sembahyang hajat yang diturunkan ALLAH itu telah menjadi phobia kepada sesetengah manusia. Ejekan demi ejekan mereka lemparkan, "Sikit-sikit, sembahyang hajat. Sikit-sikit, sembahyang hajat....Geram kat Dato` Seri pun, sembahyang hajat jugak."...Inilah dia contoh golongan yang semua benda dia nak pertikai, sehingga akhir sekali dia sanggup bercakap perkara yang kita bimbang akan boleh membatalkan syahadahnya kerana menghina satu ibadah yang ada di dalam ugama ALLAH SWT.

Kemudian ALLAH SWT sebut lagi dalam sambungan ayat tadi,"Dan sesiapa yang dikehendaki oleh ALLAH kesesatannya, maka kamu tidak berkuasa untuk mengubah kehendak ALLAH, walaupun sedikit."..Maksudnya, kalaulah kita sendiri yang memilih untuk berada di atas jalan kesesatan, maka ALLAH SWT tidak keberatan untuk mengizinkannya...Nau zubillahi min zalik...Sebab time tu, buatlah usaha apa pun, pasti akan menemui jalan buntu sebab dah tak boleh nak repair dah...Contohnya; ialah tentang Black Metal di Sg Petani, yang sibuk semua orang dok bercakap hari tu. Bila disoal-siasat dan dah dapat tangkap 4 orang pelajar lelaki yang sanggup toreh dagu depa buat salib, dan kemudian itu tertangkap pula seorang pelajar perempuan yang ada lukisan tattoo di dadanya; maka guru-guru di sebuah sekolah menengah di Sg Petani pun mengambil keputusan untuk buat spotcheck ke atas kesemua pelajar-pelajar mereka. Lalu pelajar-pelajar perempuan pun dikerah masuk ke dalam surau, untuk di check oleh guru-guru perempuan...Tuan-tuan tau ka apa yang dah berlaku selepas itu?...Iaitu ada emak/ayah yang telefon balik kepada cikgu, bukannya untuk berterima-kasih kepada cikgu-cikgu itu kerana buat spotcheck ke atas anak-anak mereka, tetapi apa yang diterima balik oleh cikgu-cikgu itu adalah maki hamun dan kata-kata nista....Tuan-tuan nak tau ka apa yang emak/ayah kata kat cikgu tu (maaflah kerana agak kasar sikit bunyinya, tapi saya nak sebut juga apa yang telah disebut kepada cikgu tu, supaya jadi pengajaran kepada kita)?...Emak/ayah tu kata, "Cikgu!...Saya sendiri tak pernah tengok tetek anak saya..."...Apa dia ingat cikgu-cikgu tu pi bogelkan anak dia ka?...Padahal, kesemua budak-budak perempuan ni di check di dalam surau. Yang check depa pula ialah guru-guru perempuan, bukannya guru lelaki. Mereka hanya disuruh buka tudung dan butang di bahagian atas sahaja, supaya boleh check kat sekitar tengkuk dan atas dada sahaja; bukannya disuruh buka baju pun...Itu saja!...Jadi, tuan-tuan cubalah bayangkan perasaan cikgu-cikgu yang dimaki hamun itu; padahal depa hanya cuba nak berbakti kepada anak bangsa mereka sendiri?...Inikah respon yang mereka dapat daripada membuat kebaikan?...Inilah contoh emak/ayah yang bilamana ALLAH dah kata mereka ni sesat dan jahat, maka lagu ni lah yang akan berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Bukannya depa nak berterima-kasih kepada guru-guru yang buat pemeriksaan mengejut tu. Yang buat spotcheck tu pun bukanlah kat anak hang sorang, malah semua sekali kena kerah masuk dalam surau. Tak kiralah hang anak sapa; hang anak DO ka, anak menteri ka, anak orang kaya ka, anak orang miskin ka, anak penoreh getah ka; cikgu-cikgu tu check semuanya sekali. Jadi, pasai apa hang nak maki cikgu?...Inilah juga contoh halangan yang dihadapi oleh orang yang nak memperjuangkan agama ALLAH SWT pada hari ini, akibat daripada akhlak dan peribadi ibubapa-ibubapa yang mengaku saja beragama Islam.

Maka sebab itulah, ALLAH SWT sebut lagi, "Mereka inilah golongan yang tidak dikehendaki oleh ALLAH untuk membersihkan hati mereka. Dan bagi mereka kehinaan di dunia dan bagi mereka di negeri akhirat adalah azab yang amat pedih."...Kita sebagai orang yang mahukan akan rahmat ALLAH; punya la sentiasa berdoa kepada ALLAH TA`ALA supaya diampunkanNya akan dosa kita, sembunyikan kejahatan kita, halang kita daripada buat jahat dan sebagainya. Kalau kita orang baik, InsyaALLAH, kita akan sentiasa dalam kawalan dan lindunganNya. Tapi kalau kita orang jahat, dan bila kita buat apa pun; ALLAH TA`ALA akan bagi istidraj. Seperti kalau hang nak berzina, pi lah hang berzina. Kalau hang nak lawan ALLAH, hang lawan lah tara mana pun; ALLAH akan izinkan. Tapi di negeri akhirat kelak, akan berlakulah sepertimana yang diceritakan oleh ALLAH SWT di dalam Surah al-Ahzab:67-68. Dimana ALLAH TA`ALA mengajuk kata-kata manusia yang berkumpul di Padang Mahsyar, kerana Dia nak tunjuk kepada kita bahwa perkara ini akan berlaku dan kita hanya mengetahui akan kebenaran kalimah ALLAH TA`ALA ini apabila kita dibangkitkan dari kubur masing-masing untuk mengadap mahkamah ALLAH Rabbul Jalil di Padang Mahsyar. Lalu ALLAH mengajuk kata-kata manusia pada masa itu, "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah taat kepada penguasa-penguasa dan pemimpin-pemimpin kami, tetapi mereka menyesatkan kami..."...Di Padang Mahsyar nanti, manusia ni akan mengadu kepada ALLAH seperti kalimah-kalimah sebegini,"...Wahai ALLAH, kenakanlah kepada mereka (pemimpin-pemimpin) akan azab yang 2x ganda daripada kami. Dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar."...Inilah dia benda yang akan berlaku di Padang Mahsyar.

Baik, sapa dia yang kata "pemimpin" ni, tuan-tuan?...Pemimpin bermaksud semua orang yang memimpin. Tak kiralah di peringkat rumahtangga ka, di peringkat masjid ka, di peringkat kampung ka, di peringkat negeri ka atau di peringkat negara ka, pemimpin dalam bentuk apa sekali pun; bila dia menjadi seorang pemimpin yang menyesatkan rakyatnya, maka orang yang dipimpinnya itu akan minta kepada ALLAH SWT supaya dikenakan azab kepada dia 2x ganda. Sebab dia menyesatkan rakyat yang taat kepadanya. Dan Nabi s.a.w. pula pernah mengatakan bahwa, "Setiap kamu adalah pemimpin..."...Jadi, saya dan saudara-saudara juga adalah pemimpin..."...Dan setiap kamu akan disoal tentang orang-orang yang dipimpinnya."...Jadi, apa lagi yang kita dok tunggu. Balik pi check tengok sebab kita sebagai suami adalah pemimpin kepada isteri dan anak-anak kita. Begitulah juga pada siapa yang jadi ketua kampung, rakyatnya adalah orang kampung. Begitulah juga pada peringkat negeri dan negara. Jadi, kalau pemimpin kita itu suka buat zalim dan aniaya serta menyesatkan orang yang dipimpinnya, maka mereka ini nanti akan dipersoalkan dan dikenakan laknat oleh ALLAH TA`ALA di Padang Mahsyar...Nauzubillah.

Lalu ustaz Jailani pun bawa satu contoh dengan menceritakan tentang masalah yang berlaku dalam sebuah rumahtangga. Di mana ada seorang isteri datang berjumpa dengan ustaz Jailani dan mengadu hal tentang perangai suaminya yang telah buat aniaya kepadanya. Dia kata, "Ustaz, kalaulah saya ni seorang isteri yang nak kepada benda, saya tak akan minta cerai daripada suami saya tu. Sebab suami saya tu ada kemewahan seperti rumah dekat 10 bijik, termasuklah yang jenis S-class yang harganya kalau tak silap saya ialah RM400K/-. Walaupun saya telah merasai akan semua kemewahan itu, tapi apa gunanya kalau langsung tak rasa bahagia, ustaz. Nak rasa bahagia macamana kalau suami dok pi berzina di merata ceruk?...Kemudian sekali tu semasa saya sedang baring atas katil, tiba-tiba suami saya marah sehingga dia lompat atas belakang saya dan terus kilas tangan saya, membuatkan saya merayu-rayu menangis kerana terasa amat sakit tapi dia tidak mempedulinya."...Menurut ustaz Jailani, cerita yang dia dengar tentang suami buat wrestling pada isteri ni dah banyak sungguh. Apa depa ingat depa tu The Rock apa ka?...Inilah contoh kezaliman yang berlaku. Dah la hang pi berzina merata tempat, kemudian buat zalim pulak kat isteri; hang ni orang ka beruang ka?...Sehingga isteri tu habaq,"Saya dah tak peduli ustaz, walaupun dia kaya tara mana sekali pun. Bila kebahagiaan dah takdak, lebih baik bercerai saja lah."...Kemudian si isteri tu cerita lagi, "Dulu masa saya tengah mengandung, pi lah saya ke klinik pasai nak check. Lalu doktor kata bahwa saya ni bila-bila masa saja boleh bersalin. Kalau saya nak bersalin sekarang pun boleh, doktor akan guna kaedah induce supaya boleh keluar anak itu. Tapi kalau tak mau lagi, doktor suruh saya balik ke rumah dan tunggu bila rasa sakit baru mai balik. Lalu baliklah saya ke rumah untuk bagitau pada suami saya, tapi ustaz tau dia kata apa kat saya?..."...Suami dia kata, "Apa punya susah ada bini yang mengandung ni !...Sat-sat kena pi hantaq ke klinik la, sat-sat kena pi check la !..."...Siapa yang tak terasa tersinggung bila diherdik sedemikian rupa. Dah la dia dalam keadaan sedang dok sakit nak bersalin, itu satu hal. Kemudian kena marah pulak lagi...Apa punya suami lagu ni?...Mungkin kita sebagai orang lelaki rasa, "Alaaahhh, sikit aje tu, ustaz."...Kita rasa lagu tu; tapi sebenarnya ucapan tadi adalah satu ucapan yang boleh melukakan hati seorang isteri. Bagi kita orang yang mengaji, hendaklah kita faham benda-benda lagu ni. Iaitu jangan sekali-kali kita mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh mengguriskan hati seorang isteri yang sedang sarat mengandung; pulak tu bila-bila masa saja dia boleh bersalin. Sebab proses bersalin adalah satu proses yang menyambung nyawa antara hidup dan mati. Orang lelaki takpa la boleh relax sebab tak merasa apa yang isteri rasa. Cuba kalau lelaki yang mengandung nak bersalin?...Baru la tau langit tu tinggi ka rendah?...Baru la dengan nurse-nurse semua pakat lari habih, sebab dia punya keriau tu kuat sangat. Habih satu dewan bersalin nanti pakat terkejut sebab dengaq suara garok keriau....Kemudian isteri tu cerita lagi, "Bila saya dok mengandung anak yang kedua, pun lagu tu jugak perangai dia; malah semakin menjadi-jadi. Time saya nak bersalin hari tu, dia boleh pi keluar negeri dengan perempuan lain depan-depan saya, ustaz."...Inilah dia contoh orang yang apabila dah sesat dan dah tak peduli akan hukum hakam ALLAH SWT, maka beginilah yang akan terjadi. Hidupnya semata-mata bergelumang dengan dosa.

Jadi, saudara saudari muslimin muslimat sekelian; mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran daripada Surah al-Ahzab yang kita baca tadi dan Surah al-Maaidah:41 yang menceritakan kepada kita tentang perkara yang dilakukan oleh manusia yang sesat daripada jalan ALLAH SWT.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment