ME IS ME

My photo
assalamualaikum and hello world.. i am teh azra, writer of tehazra.blogspot.my.. nice to meet you.. thanks for watching, reading, feeling and comment.. have a nice day..!

Saturday 13 August 2011

Soalan dari suesyada (15 mac 2010):


Assalamualaikum. Saya berusia 19 tahun dan masih menuntut di salah satu pusat pengajian. Saya akan tamat belajar pada akhir tahun 2012. Saya merancang dengan teman lelaki saya untuk bernikah pada Jun ini tanpa pengetahuan ibu bapa kami untuk mengelak diri kami daripada melakukan maksiat dan zina. Kami merancang untuk merahsiakan daripada ibu bapa kami kerana kami tahu mereka pasti akan menentang dan menghalang kami daripada berkahwin. Ini kerana kami masing-masing masih terlalu muda dan masih belajar. Untuk pengetahuan,teman lelaki saya juga berumur 19 tahun. Jadi kami merancang untuk berkahwin secara sembunyi dan apabila sampai masanya,kami akan bernikah sekali lagi. Ini untuk mengelak mengecewakan kedua ibu bapa kami. Soalan pertama saya,apakah hukumnya bernikah dua kali? Sekali untuk menghalalkan hubungan kami bagi mengelakkan dosa zina, sekali lagi untuk mengelak ibu bapa kami daripada tahu kami pernah bernikah. Kami tahu ibu bapa kami pasti kecewa jika dapat tahu kami lakukan semua ini. Sebab itulah kami merancang untuk bernikah sekali lagi selepas kami tamat belajar. Kami betul-betul takut jika kami tidak berjaya mengawal diri kami dan merasakan pernikahan sahaja jalan penyelesaian bagi masalah kami. Kami pernah memutuskan hubungan kami kerana pernah terbaca couple itu haram. Tetapi kami kembali bersama kerana merasakan kami saling memerlukan. Mungkin ini mabuk cinta atau apa sahaja istilahnya. Yang pasti kini kami tidak boleh lekang daripada bersama dan membuatkan kami mengambil keputusan untuk bernikah daripada terjerumus ke dalam lembah zina. Saya amat yakin kami mampu daripada segi kewangan. Cuma masalahnya sekarang adalah kami terlalu muda dan masih belajar yang akan membuat ibu bapa kami menghalang niat kami. Soalan kedua saya, bagaimana pula tentang wali? Saya masih mempunyai bapa. Saya amat pasti bapa saya akan menentang niat kami. Adakah saya layak menggunakan wali hakim? Mengikut pemahaman saya selepas membaca satu artikel (laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), seorang yang tidak berpegang teguh kepada ajaran agama tidak layak menjadi wali. Malah dikatakan tidak sah sebuah pernikahan itu jika berwalikan orang yang demikian. Sejujurnya, bapa saya mengabaikan solatnya. Adakah dia masih wali saya? Jika tidak, adakah hak menjadi wali jatuh kepada wali hakim atau hak itu jatuh kepada susunan tertib wali nasab? Diharap pihak tuan dapat menjelaskan semua kekeliruan saya. Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih. 


Komen pembaca:


1. ukuwwah ain: assalamualaikum saudari . walaupun ana masih muda ttp pndapat ana , benarkah anti ni mahu kahwin di usia muda . dikala semua remaja2 sedang dalam zaman enjoy dgn kawan2 , bukan mmberatkan kepala mmikirkan soal2 bcinta . lpas kawin , dah takder dah nak jmpe ngan kawan2 . ikut suami...je .. anti kawin umur 19 , anti akan devote hidup anti starting 19 tahun sampaaai ke mati dgn suami anti sahaja . nilah zaman kita dgn sahabat2 n mak ayah , anti ! nak2 lagi hanya 3% yg kawin muda dapat bkekalan shingga tua . cuba anti fikir , pjalanan hidup anti masih panjang , ramai lagi llaki boleh anti jumpa . jgn menysal di kemudian hari . fikir-fikirkanlah =) 


2. abu hurairah: Untuk mengelakkan masalah berlarutan hingga ke usia tua. Baik saudari bagitahu dengan ibubapa hasrat untuk menikah. 


3. ediri: Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa.


4. lebah87: Soalan saya: Wujud ke nikah dua kali? (Nikah dengan pasangan yang sama untuk kali kedua tanpa ada penceraian). Kalau bersanding dua kali tu logiklah juga. My advice to you: Bincanglah dengan ibubapa. Jangan ketepikan mereka dalam membuat keputusan. Selamat~ 


5. belalanghijau: *assalamualaikum masyaallah..nampak kritikal jugak masalah saudari ni...diluah mati mak ditelan mati bapak..sebenarnya banyak jalan yang anti blh cari penyelesaian bagi masalah ni..jgn rumitkan keadaan.. klu btl2 nak kawin..cube2 risik atau tanya mak ayah dulu ttp jgn bgtau hasrat dihati lagi..bwk berbincang scr berdiplomasi..bagtau masalah anti sebenarnya...jgn terlalu iktkan hati kwin tnpa bgtau ibu bapa...susah jadinyer... ingat..anti perempuan..nnt fitnah lain plak yg akan timbul..contohnya...anti mengandung.mcm mana anti nak rahsiakan anak yg sedang membesar dlm kandungan. ia mmg takleh nak sorok2 sbb ia akan membesar...anti nak kah jika anti dituduh mengandungkan anak luar nikah sdgkan anti sudah berkahwin scr sah?? byk jln yg kita akan dapat jika kita banyak berdoa dan berusaha...cthnya rawat hati dgn amalan2 yg blh mendekatkan diri dgn allah..ssghnya Rasulullah saw tlh memberi jlnnya kpd kita bagaimna utk merawat jiwa yg lara dgn usikan nafsu yg kian membara.. jika tidak berjaya...tanamkan azam utk menghadapi sgl dugaan utk berkahwin..sprt yg sy katakan td berbncg scr berdiplomasi dgn kedua belah ibu bapa...atau cari sesiapa yg disegani oleh ibubapa utk berbncg hal ini... yg pntg jgn abaikan ibu bapa kalian berdua...bersabarlah dlm ujian allah ini...mgkn ada hikmah yg besar jika kalian berdua taat dan patuh pada hukum allah dan ibu bapa kalian... wallahualam...peace no war...*tata* 


6. aku_buntu: adik sue masalah kita hampir sama. cumanya saya telah bekerja begitu juga teman lelaki saya. bayangkan..betapa kecamuk jiwa kerana tidak diberi keizinan.ada sebabnya, tak perlu saya cerita masalah saya pula. niat adik sue baik..demi keredhaan Allah. memang jalan yg paling afdal ialah adik bawa berbincang atau sekurang2nya ibubapa adik tahu bahawa adik sedang bercouple. mungkin payah utk adik luahkan sementelah, kita terasa masih seperti anak2 kecil. saya faham bagaimana perasaan ingin berkahwin sangat2 demi mengelakkan zina. adakah adik ada lasan lain untuk berkahwin selain mengelak zina/dosa2 mendekatinya? jika tidak ada, sama juga seperti niat adik berkahwin hanya kerana nafsu.sama ada akan diberkati...Allahu'alam. tetapi, saya menyokong kiranya adik berkahwin daripada berbuat dosa. tetapi sudah fikir habiskah? jika anda dikurniakan cahyamata bagaimana?jika anda sendiri sudah kuat untuk menghadapi semuanya teruskan niat baik itu. tetapi, jangan sesekali membuang atau dibuang keluarga kedua-dua belah pihak. 


7. ya habibi: Bismillahirrahmaanirrahiim. Tak memberikan cadangan pun ni. Saja nak share cerita. Kakak saya menikah di usia muda. Sekarang dah nak berumur 28 tahun, baru ada dua orang cahaya mata ; lelaki dan perempuan. Sebelah keluarga ni, saya cuma ada anak saudara seramai dua orang. Mereka menikah semasa masing-masing masih belajar [suami kakak seminggu sahaja lagi dah nak abih belajar] dengan izin dan restu mak abah. Walaupun pada mulanya kakak pernah menceritakan bahawa mereka takut nak beritahu mak bapak masing-masing sebab mereka fikir mak bapak takkan izinkan. Tapi alhamdulillah. Sebaliknya yang berlaku.. Akhirnya mereka selamat dinikahkan. Lagi nak share.. Saya letakkan situasi pembuka thread ini sebagai kakak saya. Saya hanya seorang pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4, manakala kakak sedang berada di salah sebuah pusat pengajian tinggi untuk melanjutkan pelajaran. Alhamdulillah. Saya bangga dengan kakak saya ni. InshaAllah, satu hari nanti saya nak mengikuti jejaknya pula. Pada suatu hari, tiba-tiba... Mak dan ayah sedang kesedihan sambil memberitahu bahawa kakak yang saya banggakan itu telah menikah tanpa pengetahuan kedua orang tua. Hati saya terluka.. bagaikan pecah sebanyak beribu-ribu serpihan kaca. Saya kecewa dengan kakak saya. Saya terluka dengan perbuatannya. Serta merta pandangan tinggi saya terhadap dirinya turun 100%. Uh! Saya tak nak jumpa kakak saya! Dia dah jauh dari kehidupan saya. Sanggup dia buat macam tu.. Siang malam saya berdoa untuk kakak,semoga kakak cemerlang dalam pelajaran dan tamat sekolah dengan berjaya.. Tetapi, rupa-rupanya.. Kakak tak fikir langsung pasal kitorang ni adik-adiknya. Sanggup kakak buat macam ni.. Saya sedih......... Sob9~ Sob9~ Sob9~ - Sekian sahaja Drama dari Saya - --------------------------- Bawalah berbincang dengan kedua orang tua.. Betul, sebaik-baik jalan adalah dengan menikah. Namun bukan semua jalan yang baik itu pintunya adalah dengan pernikahan. Kadangkala, jika kita berfikir dengan nafsu, maka semua kita nak jadikan nyata.. Cuba berfikir dengan iman, inshaAllah. Kamu akan mencabar diri kamu sendiri untuk menjadi seorang yang setia bukan sahaja kepada manusia yang kamu kasihi, juga kepada yang Haq menerima cinta. Jom ukhti, kita berfikir untuk jangka masa yang panjang.. Mungkin untuk 50 @ 100 tahun ke hadapan. Sekadar menyinggah~ 


8. cabai kering: assalamualaikom adik, pada pendapat akak seeloknya cuba dulu minta kebenaran kedua ibu bapa untuk berkahwin. Bak kata orang belum cuba belum tahu kan. Merahsiakan perkahwinan bukanlah sesuatu tindakan yang bijak, selain dari tidak mendapat restu ibu bapa ia akan membawa masalah di masa hadapan. contoh masalah dari segi undang-undang, masalah dari segi kewangan, masalah dari segi masyarakat dan masalah dari segi hati ibu bapa adik sendiri apabila mengetahui adik dan pasangan berkahwin tanpa restu mereka. akak faham tujuan adik untuk megelakkan zina dan sebolehnya tidak mahu kedua ibu bapa adik dan ibu bapa pasangan tahu, namun yakin kah adik dengan menikah dua kali rahsia adik tidak akan pecah?. kita tidak tahu di masa hadapan apa yang akan terjadi mungkin apabila ada masalah di dalam rumah tangga maka masa itu semuanya akan terbongkar. padangan masyarakat pula bagaimana? sedangkan mereka tidak tahu yang adik dan pasangan telah berkahwin. Katakanlah adik dengan pasangan duduk sebumbung, masyarakat tidak tahu kamu berkahwin dan melaporkan kepada pihak berwajib, selepas itu kamu akan di tangkap oleh pihak wajib dan di hadapkan ke mahkamah. Secara tak langsung masa tu rahsia kamu akan terbongkar juga. masalah jika kamu megandung semasa meyimpan rahsia, masa itu rahsia kamu akan terbongkar juga. masalah yang lain boleh kah kamu mendaftarkan perkahwinan kamu buat kali ke dua?. sebagai negara yang mempunyai undang-undang akak yakin nama kamu akan di senaraikan di jabatan agama islam sebagai pasangan yang berkahwin dan nanti sekiranya kamu kawin buat kali kedua, mesti kamu perlu mendaftakan sekali lagi bukan? melainkan kamu kawin di siam. Banyak masalah yang akan timbul dari kamu hanya nak selesaikan satu masalah tapi akan timbul bermacam-macam masalah lagi. Nasihat akak, cuba dulu usulkan niat kamu untuk berkahwin. doa selalu semoga lembut hati kedua ibu bapa kamu dan ibu bapa pasangan kamu. selalu solat hajat moga di permudahkan urusan kamu dan solat istikarah semoga betul keputusan kamu. di usia yang muda memang kita hanya memandang satu masalah tanpa memikirkan masalah yang lain. Bayangkanlah apa yang akan terjadi sekiranya kedua ibu bapa kamu dan ibu bapa pasangan kamu tahu yang kamu berkahwin tanpa izin, luluh dan hancur hati mereka. Membesarkan anak bukan umpama membela kucing, atau menternak itik tapi segala kudrat di curahkan kepada kamu segala pengorbanan di lakukan untuk kamu dan adik beradik kamu, sanggup kamu nak luka kan hati mereka?. Tentang wali, siapa kamu yang boleh menghukum ayah kamu tak boleh jadi wali hanya kerana satu artikel, bukan mudah yer nak menghukum lebih-lebih lagi kamu anaknya yang ditatang dari kecil. adik, jangan pikir masa sekarang sebaliknya anggap ini ujian buat kamu dan pasangan. kamu belum lagi usaha ataupun menyatakan hasrat untuk bernikah, cuba dulu. kamu boleh rujuk thread bagaimana memberitahu ibu bapa untuk berkahwin... 


9. rasailul aswaq: Ya macam mana dengan si baby tu nanti.. takkan nak gugurkan? takkan nak jawab anak angkat? Dah kamu buat mak bapak kamu sedih, tambah pulak nak buat anak sedih~ Baik kamu yang bagitau mak bapak dari depa dapat tau dari mulut orang. Mungkin ja family kamu boleh izin anak kahwin awal.. tak cuba tak tahu kan?


10. leokidx: Tanya dulu... Kalau tanya, tak tentu boleh dapat atau tak dapat. Tapi kalau tak tanya, konfem tak dapat. Ahaha. Parents tak bagi bukan sebab still study ke ape. Tapi sebab tak nampak kematangan anda. Kena prove it la. First time tanya, most probably diorang tak kasi. Then rilek2 la, jangan buat perangai, tunggu angin reda dulu, sebulan dua pastu tanya lagi. Dalam masa yg sama, tonjolkanla kematangan anda. Macam mana parents nak bagi keizinan, kalau time cuti kat rumah pun bangun tdo pukul 10, tgk tv je, tak tlg mak kat dapur etc etc. Sekadar contoh jela. Hehe. Yang penting, jangan terlalu awal memikirkan solusi bagi masalah yang belum tentu lagi akan timbul. Pegi tanya dulu, pujuk dulu. Nak tanya/pujuk diorg pun, bukannya sekali tanya je terus dapat/xdapat. Macam2 method boleh guna nak pujuk. Bawak pasangan datang rumah, tunjuk kat parents. Tulis surat, email kat ayah. Mintak pakcik, makcik tlg pujuk. etc etc. Tapi bagitau pun tak, pujuk pun tak, terus nak kahwin lari? (Ya, kahwin tanpa pengetahuan sesiapa, itu kahwin lari ye). Lagi la diorang marah and tak percayakan anda nanti. Takde jalan singkat ke atas sesuatu kebahagiaan, cik suesyada. Orang tua2 kata, benda yang senang dapat tu la benda yang senang hilang/pergi. Benda yang susah, cabaran yang ditempuhi itu yang akan buatkan anda lebih menghargainya kelak. Nasihat seterusnya agak keras sket: Anda nak mengelak neraka Allah kerana tidak mahu bermaksiat. Harapnya anda tidak masuk neraka Allah kerana menjadi anak derhaka. Fikir-fikirkan. Wallahua'lam. 


11. cahayapencinta: *assalamualaikum jangan lah buat macam tu..sian kat mak ayah..restu tu penting..tanya dulu.. kalau tak kasi baru lah boleh kata mak ayah tak kasi..tapi antara restu dan keinginan, saya rela tahan keinginan daripada tak dapat restu mak.. semoga saya boleh terus bersabar untuk mak..*pray* selepas Allah dan nabi s.a.w siapa yang patut kita dengar? ummi, ummi, ummi.. 


12. purdah: lebih baik bg tau ibu bapa..... 


13. lebah87: Ehehe. Setuju jugak. Itu faktor utama tuh. *grindance**grindance**grindance* Jangan kerana cinta kita ketepikan keluarga. Takkan bila senang tinggalkan keluarga. Bila susah cari keluarga. Ada ke patut? isk..isk.. Tak patut. *geleng 3kali* 


14. thekatyusha: sue. Komen para forumer di atas adalah bertujuan utk mengekalkan status anda sebagai seorang anak solehah. Aku pasti bahawa anda kurang senang dgn lontaran komen yang dibuat oleh forumer lantaran rata-ratanya tidak memihak kepada situasi anda. Kenyataan anda yang kedua pun sudah dapat kutangkap akan apa yang ada di dalam hati anda. Ketahuilah bahawa ketika ini, anda sedang kemaruk bercinta... Kat sini aku pecahkan masalah ko satu persatu.. Aku melihat punca permasalahan ko nak kahwin cepat adalah disebabkan ko SELALU berjumpa dgn pakwe ko..... Kerana itu apabila ada 'macam-macam' aktiviti sepanjang perjumpaan 'tanpa tauliah', maka kerana itu masing-masing kemaruk nak bernikah. Justeru itu, dgn umur pakwe ko pun 19 tahun lagi (aku kira seperti bro kid cakap,) aku anggarkan pakwe ko masih tidak matang dalam menunaikan tanggungjawab seorang suami... Seperti kata para forumer yang lain, kalau dah mengandung camana? Ko sendiri dah meyatakan yang ko dah tak tahan dan tak boleh berjauhan. Sekiranya ko dan pakwe ko menganggap perkahwinan pada usia 19 tahun adalah penyelesaian terbaik, aku jawab, utk peringkat umur ko pada masa kini, ia merupakan jalan terakhir tetapi BUKAN penyelesaian utama. Ko sendiri sudah mengakuinya bahawa ko dan pakwe ko terlalu muda. Jangan kata ko nak gunakan duit pinjaman PTPTN utk buat bernikah... Duit tu Allah permudahkan utk ko mentela'ah pelajaran.. Jangan kerana ko nak menikah, habis seluruh keburukan keluarga ko dijadikan alasan utk mempercepatkan proses pernikahan. Adakah ini dikira tindakan yang matang? Cadangan aku utk ko selesaikan masalah ini adalah:- Elakkan kerap berjumpa. Cukup sekadar bertelefon. Tapi kalau dah 'desperate'. Kalau ko nak jumpa pun sebulan sekali dah cukup bagus.. Kedua. Sibukkan diri dgn aktiviti ko-kurikulum. Persatuan dan sebagainya. Tengok plak reaksi pakwe ko. Kalau dia asyik merajuk, itulah tandanya pakwe ko tak cukup matang dalam menangani perbezaan cara hidup. Ketiga. Kalau cuti pendek / panjang, balik kampung. Jumpa mak bapak. Berhibur dgn diorang. p/s: Ketika bercinta, semuanya indah. Kentut makwe/pakwe pun dikatakan wangi.. p/s2: Aku pernah terdengar luahan hati seorang isteri apabila dia selalu sangat berjumpa dgn suaminya sebelum kahwin.. "Aku bosanlah tengok muka laki aku!" 


15. ohcintakulaptop: Ayayay. Apalah sangat cabaran 'zina' tu kalau nak dibandingkan dengan cabaran yang lagi BESAU selepas perkahwinan? Haih >.< Kalau 'zina' ini pun sudah cukup untuk membuatkan hidup seseorang itu kacau bilau ibarat hurricane, macam mana nak hadapi tornado dan el-nino serta segala macam adik-beradiknya lepas berkahwin? Jangan fikir 'masa sekarang' sahaja kak.. Fikirkan 'masa akan datang' juga. Banyak cara lagi yang boleh dijadikan 'preventive steps' Cara berpuasa, dekatkan diri kepada Allah, elakkan bertemu dengan si dia (seperti cadangan akh thekatyusha). Ini yang menjadi punca anda berdua semakin 'tidak tahan' dan takut kalau2 berzina. Aiyoo..


Sumber: http://komuniti.iluvislam.com/topic/21149-merahsiakan-perkahwinan-daripada-pengetahuan-ibubapa/


0

0

Nikah di Selatan Thailand


Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Kemudian saya telah bernikah dengan seorang janda di Selatan Thailand 3 tahun lepas tanpa pengetahuan isteri pertama saya dan seluruh ahli keluarga saya. Soalan saya ialah :
  1. Bagaimanakah prosedur sekiranya saya ingin mendaftarkan perkahwinan saya itu di Malaysia?
  2. Adakah saya akan didakwa atau didenda?
  3. Adakah perlu saya dinikahkan semula dengan wali yang sah?
  4. Adakah rahsia perkahwinan saya yang kedua ini akan terbongkar sekiranya mendaftarkan perkahwinan saya ini?
Jawapan
  1. Pernikahan di luar negara hendaklah didaftarkan semula di negara ini, tuan boleh hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (merujuk kepada alamat tempat tinggal semasa pernikahan dilaksanakan) dengan membawa dokumen-dokumen pernikahan dan dokumen diri. Satu sessi temubual bagi mengenalpasti cara pernikahan dan pengecaman sijil nikah akan dilaksanakan. Hanya apabila pendaftar nikah, cerai dan rujuk berpuas hati dengan keterangan lisan dan dokumen tersebut barulah pernikahan tersebut boleh didaftarkan mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam di negeri tersebut.
  2. Tuan hanya akan didenda sekiranya dibuktikan telah melanggar peraturan Pendaftaran Perundangan Islam di Malaysia.
  3. Pernikahan semula dengan wali kepada pengantin wanita hanya boleh dilaksanakan semula sekiranya terbukti selepas siasatan (temubual tadi), pernikahan tuan adalah menyalahi peruntukan di dalam hukum syara' / tidak sah.
  4. Rahsia perkahwinan tersebut tiada hubung kait dengan pengurusan pendaftaran pernikahan. Sudah menjadi tanggungjawab tuan untuk berlaku adil dan melaksanakan tugas sebagai seorang suami mengikut hukum Syara'. Merahsiakan perkahwinan berterusan akan menimbulkan lebih banyak permasalahan di masa-masa akan datang.
Sekian, wallahu'alam.



Sumber: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=326&Itemid=8

Bernikah Semula Di Malaysia Setelah Bernikah Di Luar Negara

(VERSI UTUSAN MALAYSIA)

Bolehkah kami nikah semula
13 October 2006

Soalan:

Saya telah bernikah di selatan Thailand dengan pasangan saya dari Kedah dan telah pun mendapat pengesahan diplomat Malaysia di pejabat Kedutaan Malaysia di Songkhla, Thailand.

Tetapi kami masih belum lagi membuat pengesahan pernikahan di Malaysia. Kami bernikah di Thailand kerana rancangan perkahwinan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Wali saya enggan untuk menikahkan saya. Tetapi, apabila saya maklumkan kepada keluarga saya, mereka mahu kami bernikah semula di Malaysia. Bolehkah kami buat akad yang baru walaupun kami sebenarnya sudah bernikah? Tolong beri penjelasan.

Mila Rashid,
Terengganu




Jawapan:
Kita seringkali membaca dalam akhbar tentang pernikahan sindiket yang mengakibatkan perkahwinan pasangan itu diisytiharkan tidak sah. Oleh sebab tidak mahu perkara ini berlaku maka kerajaan menetapkan prosedur yang perlu dipatuhi oleh pasangan yang ingin berkahwin.

Sistem perundangan dan prosedur yang terdapat di Malaysia bertujuan memastikan kesahihan sesuatu perkahwinan itu mengikut hukum syarak.

Pernikahan puan tidak boleh dinikahkan semula kerana akad nikah hanya berlaku sekali. Oleh itu, pernikahan puan yang berlangsung di Thailand perlulah didaftarkan di Malaysia. Mahkamah Syariah kemudian akan membuat satu penyiasatan sama ada pernikahan tersebut mengikut hukum syarak atau tidak.

Pernikahan ini dikategorikan sebagai akad nikah perkahwinan di luar negeri. Seksyen 22 Enakmen Keluarga Islam (Terengganu) 1985 menyatakan bahawa pernikahan di luar negeri hanya boleh dijalankan di kedutaan atau suruhanjaya atau konsulat Malaysia yang berhampiran.

Pendaftaran pernikahan puan di Kedutaan Malaysia di Thailand boleh memberi anggapan yang kuat bahawa pernikahan puan adalah menepati hukum syarak. Namun, pendaftaran di Malaysia wajib dilakukan juga. Ini kerana Mahkamah Syariah di Malaysia hanya mempunyai bidang kuasa untuk menentukan apa-apa perkara yang berbangkit kelak, contohnya dalam soal hak, terhadap pernikahan yang didaftarkan di Malaysia.

Seksyen 29 Enakmen Terengganu menyatakan bahawa pendaftaran perkahwinan yang telah berlangsung di luar negeri hendaklah didaftarkan dalam masa dua bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak sampai ke Malaysia. Kedua-dua pihak itu hendaklah hadir di hadapan mana-mana

Pendaftar di Terengganu, dan:

a. Mengemukakan kepada Pendaftar surat perakuan nikah atau apa-apa keterangan, sama ada lisan atau dokumen, yang boleh memuaskan hati Pendaftar bahawa perkahwinan itu telah berlaku dan ia sah menurut hukum Syarak;

b. Memberi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar untuk pendaftaran sewajarnya perkahwinan itu; dan

c. Memohon dalam borang yang ditetapkan supaya perkahwinan itu didaftarkan dan menandatangani akuan di dalamnya.

Satu salinan sah dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri dan satu lagi salinan sah yang diperakui hendaklah dihantar dalam tempoh yang ditetapkan kepada Ketua Pendaftar.

Jika puan tidak mengikut jangka masa yang ditetapkan, Seksyen 33 Enakmen menetapkan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-dua denda dan penjara.

Panel Peguam Sisters In Islam.

(Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Sisters In Islam di alamat No. 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke Talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel: telenisa@sistersinislam.org.my)



Sumber: http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=230&Itemid=214

LIKU-LIKU PERJUANGAN RASULULLAH SAW


Perbincangan kali ini, menyentuh perjuangan Rasulullah dan para sahabat dalam mengharungi liku-liku membina negara Islam agar kita memahami, menghayati, menilai, menambahkan rasa cintanya kepada Rasulullah berserta As Sunnahnya yang diwarisinya kepada kita semua. Bahkan diteladani oleh umat Islam di zaman ini. Bahawasanya, keadaan kita seperti keadaan Rasulullah berdakwah di Mekah…iaitu tanpa adanya negara Islam. 

Disini secara ringkasnya dapat dinukilkan buat tatapan para pembaca..sekiranya ada yang penjelasan lebih mendalam, sila rujuk dalam buku-buku sirah yang ada di kedai-kedai buku. 

Pelbagai kesusahan dialami oleh Rasulullah dan para sahabat yang setia mengikutinya: 

(1) Mengolok-olokan dan Mengejek

a) Ejekan Ash bin Wail 
Dia pernah berkata,”Orang yang mengikuti Muhammad itu penipu dan Muhammad sendiri adalah kepala Penipu, kerana ia berkata,bahawasanya orang yang sudah mati akan dihidupkan lagi, sebahagian mereka bersuka ria dan bersenang di syurga dan sebahagian lagi akan menderita dan berduka cita di dalam neraka. Demi Allah! Tidak akan ada yang membinasakan kita, melainkan masa. Maka perkataan Muhammad itu tidak masuk akal dan mustahil sekali terjadi bukan? Sebab itu teranglah bahawa Muhammad itu sesungguhnya seorang pendusta. Apa mungkin orang telah mati akan bersenang lenang atau menderita”.

b) Ejekan Aswad bin Abd Mutalib 
Dia seorang suka menertawakan Muhammad saw dan para sahabat…kerap mengejek dan memperolokan kata-kata Nabi saw…Perbuatannya termaktub dalam ayat Al Quran,surah Al Muthaffifin(83):ayat 29-36. 

c) Ejekan Nadhar bin al Harits 
Dia pernah memanggil kawan-kawan sambil berkata,”Hai bangsa Quraysi,Datanglah kamu sekelian kemari,Demi Uzza dan Latta aku hendak menceritakan cerita yang diceritakan oleh Muhammad! Kerana cerita yang diberitakan oleh Muhammad itu tidak lain dan tidak bukan, melainkan adalah cerita yang dibuat oleh orang kuno.Jadi semuanya itu cerita kuno!”. Perbuatannya dibidas dan termaktub dalam al Quran surah Lukman(31) ayat ke 6 hingga ayat 7. 

d) Ejekan Hakam bin Abil Ash 
Dia pernah berkata kepada Rasulullah saw,”Apa khabar,Muhammad?, Mengapakah engkau tidak menceritakan cerita-cerita dari langit? Apa hari ini engkau tidak menerima berita dari langit”. Hakam juga pernah mengejek Para Sahabat Rasulullah,”Wah, Inilah yang menjadi calon Raja! Itulah yang hendak memegang kerajaan Romawi dan inilah yang akan mewarisi kerajaan Persia dan lagi yang itulah yang menjadi calon raja seluruh Tanah Arab nanti”. sambil itu Hakam ketawa terbahak-bahak memandangkan Para Sahabat Rasulullah ketika itu hanya berpakaian yang sudah koyak dan rumah tangga kucar kucir. Kerana mereka serba kekurangan bahkan wajah Para sahabat yang pucat lesu akibat kekurangan makanan.. Tetapi Rasulullah dan Para sahabat tidak pernah mengendahkan ejekan itu dan tetap meneruskan perjuangannya. 

e) Ejekan Abu Jalal 
Rasullah pernah membaca wahyu Allah, di hadapan khalayak ramai serta Abu Jalal sekali yang berbunyi ,”Sesungguhnya pohon Zaqqum itu makanan yang banyak melakukan berdosa”. [Qs Ad Dukhan (44): 43-49]. Kemudian Abu Jalal pernah mengajak Rasulullah ke rumahnya, kerana ia mengadakan kenduri. Di rumahnya Abu Jalal mengejek Rasulullah beramai-ramai bersama kawan-kawannya. Perkataan yang pernah dilontarkannya ialah,”Sekarang ini tidak lain melainkan inilah! Marilah kita makan bersama-sama dan kita telan. Demi Latta dan Uzza, tidaklah yang diancamkan Muhammad itu melainkan ini, (ia menunjukkan roti dan kurma). Marilah dan silakan makan bersama-sama dan kunyahlah roti dan kurma yang paling enak ini!” Ini untuk mengejek Rasulullah bahawa dia dan kawan-kawannya (dari ayat Al Quran diatas) dikatakan banyak dosa, sedangkan mereka menikmati makanan yang enak dan lazat ketika itu.

f) Ejekan Walid bin Al Mughirah 
Walid adalah seorang yang paling berpengaruh di Mekah. Suatu ketika, Walid berkata,”Hari ini telah dekat musim haji. Jadi orang dari luar negeri sudah tentu datang kemari. Oleh itu bagaimanakah sekarang ini, sikap kita menghalang Dakwah Muhammad? Kita harus menentukan satu sikap yang tegas, juga kita harus mempersatukan pendapat terhadap Dakwah Muhammad itu. Sebab, jika kita tidak bersatu pendapat terhadap dakwah Muhammad, tentulah kitalah akan didustakan oleh Jamaah haji yang tertarik oleh Dakwah Muhammad nanti” dan seterusnya merekapun berbincanglah di kalangan pembesar Quraysi. Akhirnya Walid memberi keputusan dan berkata,”Bahawa sesungguhnya dalam perkara ini yang lebih dekat kebenarannya ialah orang yang mengatakan bahawa,’Dia (Muhammad) itu tukang sihir, tetapi sihirnya adalah sihir yang membekas pada orang lain. Tidakkah kamu sekelian melihat, ia datang dengan membawa perkataan (maksud Walid itu AL Quran), itulah sihir, lalu dapat menceraikan antara seseorang dengan bapaknya, antara seseorang dengan anaknya, antara seseorang dengan saudaranya, antara seseorang dengan isterinya, antara seseorang dengan keluarganya, antara seseorang dengan temannya”. 

g) Ejekan Abu Jalal bin Hisyam
Ejekan Abu Jalal bin Hisyam tentang wahyu Allah yang berbunyi “Tahukah kamu apakah neraka Saqar itu?, Saqar itu tidak meninggalkan dan membiarkan adalah membakar kulit manusia. Di atasnya ada sembilan belas (malaikat penjaganya)”, [Qs Al Mudatstsir(74):11-30]…Kemudian dia berkata,”Hai para pemuda Quraisy,! Ketahuilah oleh kamu, bahawa bala tentera Muhammad yang disuruh menjaga neraka hanya ada sembilan belas sahaja. Padahal kamu adalah suatu bangsa yang berani lagi gagah perkasa. Maka dari itu, apakah seratus orang diantara kamu tidak dapat mengalahkan seorang dari mereka (Maksudnya penjaga neraka) sehingga kamu dapat terhindar dari neraka yang diancamkan kepada kamu, kemudian kamu dapat masuk ke syurga? Sudah tentu boleh!” 

h) Ejekan Ubayya bin Khalaf 
Ia pernah membawa tulang-tulang binatang yang telah kering dihadapan Rasulullah sambil berkata,”Hai Muhammad, betulkah engkau berkata, kalau orang sudah mati akan hidup semula??. Rasulullah menjawab,”Ya!Betul”. Lalu Ubayya pun mematah-matahkan tulang tersebut dan berkata,”Kamu pendusta! Mana boleh jadi begitu, orang yang sudah mati akan hidup semula. Adakah tulang-tulang ini akan hidup kembali, kamu (Muhammad) memang suka mengada-ngadakan saja, dan macam-macam yang kamu kemukakan kepada kami”. Nabi saw dengan tegasnya menjawab,”ia pasti akan hidup kembali. Allah yang menghidupkannya. Dia adalah yang menghidupkan kamu semua, lalu mematikan kamu semua, lalu menghidupkan kamu semua kelak. Dia lebih berkuasa. Kemudian ia memasukkan kamu ke dalam api neraka Jahannam” kemudian Rasulullah membacakan Surah Yassin, ayat 77 hingga 83. Namun begitu Ubayya dan rakannya tidak mahu mempercayainya, kerana tiada realitinya, memandangkan tulang-tulang binatang yang dibawanya tidak boleh dihidupkan kembali dan tidak kembali bernyawa. Mereka semua tidak percayainya. 

(2) Penyiksaan
Dari Anas ra,ia berkata; “Kafir Quraisy telah memukul Rasulullah saw hingga beliau pingsan. Kemudian Abu Bakar ra. Berteriak,’Binasa kamu! Apakah kalian akan membunuh orang yang mengatakan,’Tuhanku adalah Allah’, Mereka berkata,’Siapakah orang ini?’. Mereka berkata lagi,’Orang ini adalah anak Abi Kuhafah yang gila’ ”. [HR Al Hakim dan Muslim]

(3)Mengikat
HR Bukhari meriawayatkan dari Said bin Zaid bin Amr bin Nufail dari masjid kufah, ia berkata: “Demi Allah, aku melihat diriku sendiri, ketika Umar telah mengikatku kerana KeIslamanku, sebelum ia (Umar) memasuki Islam. Andai saja gunung Uhud hilang dari tempatnya, disebabkan oleh apa yang kalian lakukan terhadap Uthman, pasti dia pun akan tetap istiqamah seperti itu”. 

(4)Tekanan Dari Ibu/keluarga
Kisah Mus’ab yang dikurung dalam rumah keluarganya setelah mendapat berita bahawa anaknya telah memeluk agama Islam. Kisah penceraian anak-anak Rasulullah dengan anak-anak Abu Lahab. Juga terdapat kisah-kisah pemisahan di antara ahli keluarga yang lain, teman-teman dan masyarakat Mekah.

(5)Dijemur dibawah terik matahari
Kisah Bilal yang dijemur dipadang pasir kemudian dihempap dengan batu atas dadanya, sedangkan Bilal hanya menyebut, “Ahad,Ahad” sehinggalah datangnya Abu Bakar untuk membebaskannya.

(6)Melarang Tampil dan menyerukan (Dakwah) secara Terbuka
HR Bukhari meriawayatkan sebuah hadis,dari Aisyah berkata,”Kaum Quraisy tidak berdusta kepada Ibnu Daghanah. Mereka berkata kepada Ibnu Daghanah,’Perintahkanlah kepada Abu Bakar untuk menyembah Tuhannya di rumahnya hanya ia solat di rumahnya dan membaca sekehendaknya. Dengan begitu dia tidak menyakiti kita sedikit pun. Katakanlah padanya, janganlah ia menampakkan ibadahnya itu, kerana kita khuwatir kaum wanita dan anak-anak kita akan tergoda’,kemudian Ibnu Daghanah menyampaikan permintaan kaum Quraisy itu kepada Abu Bakar. Kemudian Abu Bakar membangunkan masjid di halaman rumahnya. Ia bersolat, membaca Al Quran dihalaman rumahnya. Apa yang dilakukan oleh Abu Bakar ini berhasil memikat kaum wanita dan anak Quraisy. Mereka kagum oleh Abu Bakar dan memperhatikan pada saat beribadah di masjidnya (halaman rumahnya). Abu Bakar seorang lelaki yang mudah menangis, ia tidak boleh menahan air matanya ketika membaca Al Quran. Maka para pembesar Quraisy terkejut kerananya. Kemudian mereka memanggil Ibnu Daghanah dan ia memenuhi panggilan itu. Mereka berkata,’Kami mengupah kamu untuk memujuk Abu Bakar agar beribadat dirumahnya saja, tapi ia melanggarnya.Ia membangunkan masjid di halaman rumahnya, kemudian secara terang-terangan solat dan membaca Al Quran di masjidnya.Kami sangat khuwatir isteri-isteri dan anak-anak kami tergoda olehnya. Cegahlah ia,!Jika ia memilih untuk menyembah Tuhannya dirumahnya, maka biarkan ia melakukannya. Tapi jika ia menolak dan ia tetap akan menyembah secara terang-terangan, maka mintalah kepadanya agar mengembalikan jaminanmu.Kerana kami tidak ingin mempermalukanmu dan kami tidak mengizinkan Abu Bakar beribadah secara terang-terangan”.  

(7)Melempar dengan batu
Thariq al Muharibi, ia berkata:’Aku melihat Rasulullah melewati pasar Dzil Majaz. Ia memakai jubah merah, beliau berkata’Wahai manusia, katakanlah ‘Laa illaha illallah’, maka nescaya kalian akan berbahagia’,pada saat itu ada seorang lelaki yang mengikuti Rasulullah saw. Sambil melemparinya dengan batu. Akibatnya tumit dan betis beliau berdarah, orang itu berkata,’Wahai manusia, jangan mengikutinya kerana ia adalah pendusta.’ Aku berkata (Thariq berkata), ‘siapakah orang itu?’, mereka menjawab,’Ia anak muda dari bani Abd. Mutalib (iaitu Muhammad)’,dan aku berkata berkata lagi,’siapakah orang yang mengikutinya sambil melemparinya dengan batu?’, Mereka berjawab,’Abu Uzza (Abu Lahab)”, [HR Ibnu Hibban dan Ibnu Huzaimah] .

(8)Melempar Kotoran ,seperti Kotoran Unta dan Lainnya
Dari Abdullah ra, ia berkata,’Ketika Nabi bersolat di sekitar kaum Quraisy, datanglah Uqbah bin Abd. Muith dengan membawa kekotoran unta yang telah disembelih dan melemparkannya ke punggung Nabi SAW, maka Nabi tidak mengangkat kepala. Kemudian Fatimah datang dan mengambil kotoran itu dari punggung Nabi SAW. Beliau membiarkan apa yang dilakukan orang Quraisy itu. [HR Bukhari]. Terdapat juga kisah, rumah Rasulullah sering dilemparkan kotoran-kotoran. Beliau hanya membersihkannya dan tidak patah semangat untuk meneruskan berdakwah. 

(9)Berusaha menginjak Leher dan Menaburkan Tanah ke Wajah
Penjelasan dari Hadis Riwayat Muslim..secara ringkasnya ::- Abu Jalal berusaha mengganggu Rasulullah ketika bersolat, dengan niat hendak menginjak dan menaburkan tanah ke wajahnya, namun usaha Abu Jalal gagal, setelah dirasai ada parit berapi di antara Rasulullah dengannya, menyebabkan Abu Jalal cabut lari. Kemudian Rasullah bersabda:”Andaikata Abu Jalal mendekatiku, maka pasti ia akan disambar anggota tubuhnya satu persatu oleh Malaikat” 

(10)Pembunuhan
Terdapat kisah para sahabat dari keluarga Yassir dan keluarga Amar..yang dibunuh kerana enggan menukarkan agamanya… kembali kepada agama nenek moyangnya. Satu pengorbanan yang tinggi nilainya…demi mempertahankan aqidah, demi Allah mereka ini sanggup menghadapi ujian berat ini. 

(11)Propaganda
Satu usaha dari kaum Quraisy bagi menghalang kaum muslim yang berhijrah sementara di bumi Habsyah, di bawah Raja An Najasyi..bagi menaburkan fitnah agar Raja tersebut dapat dipengaruhinya dan membawa pulang tawanan (orang Islam) ke Mekah, namun atas rahmat Allah, usaha itu ternyata gagal.

(12)Pemboikotan
Satu perjanjian diantara kaum Quraisy yang bersetuju memboikot (memulaukan) kumpulan orang Islam, hal ini berlangsung selama 3 tahun lamanya. Ketabahan mereka diuji lagi. Disinilah ujian kelaparan dan kebuluran diuji. Pemulauan itu dihentikan setelah surat perjanjian itu habis dimakan anai-anai. 

(13)Pujuk rayu
Dakwah Rasulullah sering dilindungi oleh Abu Mutalib, bapa saudara Rasul. Abu Mutalib mengasihi Rasulullah dan begitu juga sebaliknya. Atas desakan para pembesar Kaum Quraisy kepada Abu Mutalib, agar memujuk rayu kepada Rasulullah agar memberhentikan usaha dakwahnya, pada awalnya Abu Mutalib terpengaruh juga dengan desakan para pembesar Quraisy itu. Lalu Abu Mutalib memanggil Rasulullah ke rumahnya dan memujuk rayu agar memberhentikan usaha Dakwah baginda. Rasulullah termenung seketika, kemudian baginda bersabda,”Wahai Bapa Saudaraku, Demi Allah, sekalipun mereka (para musyrik) meletakkan matahari disebelah tangan kananku dan bulan disebelah kiriku, agar mengharap ku memberhentikan dakwah ini, sekali-kali tidak aku tinggalkan urusan ini. Sehingga Allah menampakkannya (memberi kemenangan) atau aku dibinasakan dalam mengerjakan urusan agama ini. ”. Namun usaha pujukan ini tidak berjaya, memandangkan Abu Mutalib membenarkan atau membiarkan dakwah Rasulullah berlangsung. Sebenarnya Abu Mutalib amat menyayangi Rasulullah, Kemudian para pembesar menawarkan kepada Abu Mutalib seseorang pemuda tampan (bernama Umarah) untuk menggantikan diri Rasulullah dan diambilnya selaku anak saudaranya dan menyerahkan Rasulullah kepada kaum Quraisy untuk dibunuhnya namun Abu Mutalib menolaknya. Katanya,”Celaka kamu ini (para musyrik), kamu menyuruh aku membela anak saudara kamu dengan memberi makan dan minum, sedangkan anak saudaraku kamu membunuhnya, tidak sekali-kali aku menyerahkan Muhammad kepada kamu”.

(14) Tawar menawar
Hasil dari pakatan para pembesar kaum Quraisy, mereka berbincang dengan Nabi saw bahawa kaum Quraisy sedia memasuki Islam selama seminggu dan kaum muslimin memasuki agama mereka selama seminggu dan seterusnya..Tawaran itu ditolak oleh Rasulullah…… Kemudian mereka menawarkan Ahli tabib sekiranya Rasul memerlukan rawatan atau Pangkat sekiranya Rasul memerlukannya atau perempuan sekiranya Rasul menghendakinya ataupun Wang/harta sekiranya Rasul maukannya dengan syarat Rasulullah mesti meninggalkan usaha-usaha Dakwahnya…Namun Rasulullah tetap menolak segala tawaran itu. 

(15) Ujian kesedihan
Tahun kesedihan Rasulullah iaitu kehilangan orang yang disayangi, Abu Mutalib dan Khadijah..kedua-duanya adalah pelindung dan mendorong bagi diri peribadi Rasulullah. Sejak kematian mereka yang disayangi itu, keganasan kaum Quraisy menjadi-jadi. Tekanan emosi dan fizikal kepada orang Islam akan diperhebatkan lagi. 

(16) Pengorbanan harta
Harta benda para sahabat terpaksa ditinggalkan setelah berhijrah ke Yatrib. Mereka berhijrah tanpa membawa harta yang banyak. 

(17)Menghalangi Penghijrahan dan Berusaha Membunuh
Pakatan Kaum Quraisy, mengepung rumah Rasulullah sepanjang malam dengan tujuan akan membunuhnya pada keesokan paginya, namun usaha ini gagal. Kemudian mereka menawarkan kepada penduduk sekitarnya sekiranya dapat menangkap atau membunuh Rasulullah, dengan ganjaran 100 ekor unta. Penderitaan Rasulullah berserta Abu Bakar mengharungi perjalanan hijrahnya banyak liku-likunya. Mereka berdua bertahan selama 3 Hari di Gua Thur bagi memastikan keadaan stabil. Terdapat kisah Abu Bakar menahan bisa setelah dipantuk seekor ular,namun Abu Bakar tidak mengejutkan Rasulullah yang sedang tidur atas ribanya, sehinggalah baginda terjaga setelah air mata Abu Bakar menitis ke muka Rasulullah. Kemudian Rasulullah merawatnya. Setelah keadaan kembali aman, mereka berdua berjalan menuju ke Yatrib (madinah). Namun mereka berdua dikejar oleh seorang pemuda bernama Suraqah, dalam sebuah kampung. Suraqah asalnya berniat untuk membunuh Rasulullah terbantut setelah ia terjatuh 3 kali semasa mengejar Rasulullah bersama Abu Bakar. Akhirnya Suraqah memeluk Islam, setelah melihat kebesaran Allah dan kemenangan di pihak Rasulullah.

Lihatlah, hayatilah liku-liku perjuangan Rasulullah, bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukannya. Firman Allah: 
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (Cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya:”Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”, [Qs Al Baqarah:214].

Rasulullah, adalah kekasih Allah. Baginda diuji dengan bermacam-macam ujian. Kita pula umatnya, tidak semestinya / belum tentu kita akan menjadi kekasih Allah tapi kita berasa senang lenang dengan kehidupan dunia ini, ketawa dan bersuka ria bersama keluarga dan sahabat handai sedangkan Rasulullah bersusah payah menegakkan Kalimah Allah ini. Kemudian di kalangan kita ada yang mengakui bahawa ahli syurga, melakukan ibadat statik di surau dan masjid sedangkan Rasulullah kekasih Allah itu luka parah dalam usaha dakwahnya. 

Sebenarnya layak ke kita memasuki syurga nanti..???? Dengan usaha kita semacam ini mampukah kita nanti..???? Sedangkan kemungkaran bermaharajalela di hadapan mata kita. Banyak lagi perintah Allah kita tidak dapat laksanakan lagi.

Berlangsungnya undang-undang sivil, berlangsungnya demokrasi, berlangsungnya ekonomi kapitalis, PBB, pendidikan sekular, gejala sosial dan kemaksiatan, pepisahan agama dari kehidupan, pemikiran jumud tentang Islam serta bersikap lemah-berserah kepada keadaan dan mengikuti arus masyarakat yang rosak dan tidak mahu menjadi orang yang asing, tidak mampu bangkit, ditakuti dicela nanti, tiada menghiraukan nasib saudara seIslam yang dipanggang oleh musuh Islam, tiada memikirkan permasalahan umat Islam yang berlaku dalam negara ini mahupun diluar negara ini. 

Dengan redhanya, dengan relanya bahkan mempertahankan semua sistem kufur seperti di atas tanpa memahami titik asalnya berasal dari orang kafir. 

Marilah kita bersama-sama menegakkan negara Islam seperti mana jalan-jalan yang ditempuhi oleh Rasulullah dan para sahabat. Sepertimana firman Allah yang mengingatkan kita ini: “Katakan,”Inilah jalanku , Aku (Rasulullah) dan orang yang mengikutiku mengajak / berdakwah (kalian) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang yang musyrik”. [Qs Yusuf;108]  

Sama-samalah kita berazam dan membina keimanan kita. Tegakkanlah Daulah Khilafah Minhaj ala Nubuwwah.


Read more at http://bicaramykhilafah.editboard.com/t17-liku-liku-perjuangan-rasulullah-saw

KETIKA CINTA BERSEMI


Di sini di ruang sempit yang sepi
Ku coba hening dan menyendiri
Kuagungkan asma-Mu ya Illahi
Ku tumpahkan segala keluh di hati
Kau hadirkan dia dalam hidup ini
Kau hadapkan dalam mengisi hari
Akan keelokan dan rupa duniawi
Hingga kuterlena bagai dalam mimpi
Senyumnya menyapa hati yang lalai
Sinar mata itu mengusik dalam damai
Sapanya menggetarkan sukma diri
Suaranya memecahkan lena hari-hari
Dalam pesonanya kutakut menyikapi
Ku coba hibur hati agar tak tersakiti
Kusadari cinta itu kini mulai bersemi
Bunga kehidupan yang kerap kuhadapi
Walau cinta itu tidak harus kumiliki
Namun hati tak sanggup memungkiri
Hasratku selalu ada untuk mencintai
Akan hadirnya dalam kesunyian hati
Ya Allah,Jagalah hatiku ini agar tetap suci
Jauhkan semua dan jangan menghampiri
Atas segala ujian-Mu yang sedang terjadi
Biarkanlah ku kutetap di sini dalam sunyi
Mengharap akan Kasih – Mu yang abadi

Karya : AnakAngon (Sun Hadi)
(Dibuat pada hari Selasa, tanggal 11 Mei 2010)


Read more at http://www.penyair.com/puisi-dan-syair/puisi-dan-syair/puisi-cinta/ketika-cinta-bersemi-bagian-ke-1/

DOSA ATAS DOSA ATAS DOSA..


Buang bayi! Buang bayi! Buang bayi lagi!

Masih tak surut-surut rupanya kejadian yang boleh kita anggap sebagai bala yang melata ini. Dari sehari ke sehari makin ramai pula manusia yang akalnya sudah gagal berfungsi barangkali. Ya, yang mengangkat bayi itu dan membuangnya di tandas, di semak, di surau, di masjid, di depan pintu rumah pastinya manusia. Belum lagi terdengar anjing menggonggong bayi yang baru dilahirkan lalu ditinggalkan di mana-mana.



Terbaharu, mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Kampung Tanjung, Sungai Choh, Hulu Selangor oleh seorang pekerja Majlis Daerah. Pada saat orang hangat membincangkan pilihan raya kecil di daerah ini, tiba-tiba kes buang bayi mencuri tumpuan.

Sedih. Menakutkan. Kita berasa sedih kerana nyawa manusia semakin tidak dihargai. Kes buang bayi ini bukan setakat kes barah sosial, tetapi ia adalah kes bunuh! Tidak cukup dengan kes penderaan kanak-kanak yang banyak juga berakhir dengan kematian, nafas kita disesakkan lagi dengan kes pembuangan bayi. Mayat bayi yang dijumpai di Sungai Choh itu sudah cukup sifatnya, dan dipercayai baru dilahirkan. Dan bagi sebahagian besar kita, apa lagi nak diucapkan apabila dilaporkan besar kemungkinan bayi itu berketurunan Melayu/Islam!



Bangsa tidak menentukan agama, tetapi lazimnya kalau bayi itu memang berbangsa Melayu, yang melahirkannya sekurang-kurangnya tahu mengucap dua kalimah syahadah, yakni beragama Islam.

Kenapa bangsa Melayu beragama Islam di tanah air kita ini menjadi juara segala keburukan? Tidak perlu ditelek lagi. Sudah terang lagi bersuluh bahawa bangsa Melayu, khususnya remaja dan belia, paling ramai menagih dadah, paling hebat me’rempit’, paling galak berkonsert, paling ramai menyertai program realiti hiburan. Lebih menyedihkan, semakin ramai yang tidak kisah bergaul bebas lelaki dan perempuan, bercumbuan di tempat awam, berkhalwat, berzina, melahirkan anak haram dan membuang anak yang tidak berdosa itu.



Yang dewasa dan punya kedudukan pula tidak kurang bobroknya. Ramai yang menjadikan wang ringgit sebagai matlamat hidup. Sesetengahnya diberikan kuasa, tetapi dengan kekuasaan itu rupa-rupanya mereka mengambil kesempatan untuk lebih cepat menimbun kekayaan. Maka bersirilah kes rasuah, pecah amanah dan ketirisan dalam mengendalikan wang orang ramai.

Kenapa semua ini berlaku? Apa nak jadi dengan negara kita hari ini?



Jangan malu. Jangan lari daripada kenyataan bahawa kehinaan yang berlaku kepada umat Islam hari ini adalah kerana ramai antara kita yang lari daripada agama. Apabila umat Islam tidak mengamalkan sepenuhnya apa yang diajarkan oleh manusia paling baik di dunia iaitu Nabi Muhammad, maka mereka akan ditimpa kehinaan. Bahkan tindakan mereka boleh menjadi lebih buruk daripada haiwan. Betapa tidak, haiwan yang tidak berakal pun sayang akan anaknya dan menjaga si kecil dengan penuh kasih sayang, tetapi manusia tergamak membunuh bayi yang tidak tahu apa-apa dengan cara yang sangat kejam.

Akuilah, isunya bukan pembuangan bayi. Isunya adalah zina! Dan Maha Bijaksananya Allah, dalam al-Quran tidak disebut, “Janganlah kamu berzina”, tetapi Allah berfirman yang maksudnya, “Janganlah kamu menghampiri zina.” Ertinya, kalau menghampiri zina pun dilarang, apatah lagi berzina!

Apakah perkara-perkara yang menghampiri zina itu? Antaranya termasuklah berpakaian seksi, percampuran bebas antara lelaki dengan perempuan, berpegang-pegangan, berdua-duaan di tempat sunyi mahupun di atas motor, bercumbu-cumbuan, bersembang dalam telefon atau internet yang menjurus kepada seks, dan banyak lagi.



Apabila perkara-perkara seperti ini tidak dikawal, berlakulah perzinaan. Apabila si gadis mengandung dan melahirkan anak haram, baru timbul rasa malu, takut dan sebagainya. Akhirnya, jalan pintas yang diambil ialah membuang anak itu, sama ada hidup-hidup atau dibunuh dahulu. Oh, kejamnya… sudahlah pergaulan bebas itu satu dosa, ditambah lagi dengan dosa zina, dosa membuang bayi dan dosa membiarkan bayi itu mati. Inilah yang dikatakan dosa atas dosa atas dosa…

Seperti biasa, tidak perlulah kita menuding jari menyalahkan orang itu dan orang ini. Kita semua bersalah. Semua berdosa. Yang pasti, orang yang tidak melakukan apa-apa dan tidak benci walau sepicing pun dengan maksiat yang berlaku di sekelilingnya jelas bersalah dan berdosa. Orang yang punya kesedaran dan berusaha melakukan pembaikan juga tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa, bergantung kepada keikhlasan hatinya, bersungguh-sungguh atau tidak kerjanya atau sekadar mencukupkan syarat.



Terlalu banyak petunjuk syariat yang kita tidak laksanakan. Kalau kita kata kerosakan anak remaja bermula di rumah, mari kita bertanya, apa khabar para ibu bapa semua?

Bermula dari perkahwinan antara ibu dengan bapa itu, apakah niat sewaktu hendak menamatkan zaman bujang dahulu? Adakah sekadar mengikut trend, desakan orang tua, hendak berseronok atau mahu melahirkan zuriat yang akanmemperjuangkan agama Islam? Bagaimana pula zaman bercinta ibu dan bapa? Adakah bebas sebagaimana yang dipaparkan dalam filem 70-an, 80-an, atau terjaga aurat dan hijabnya sebagaimana yang diajarkan agama? Cukuplah dua perkara ini, lulus atau gagal?

Dalam membesarkan anak-anak, apakah bentuk pendidikan yang disediakan untuk mereka? Jangan hipokrit untuk mengakui bahawa pendidikan agama sepatutnya lebih utama disuburkan dalam jiwa anak-anak. Tetapi berapa ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke tadika Islam? Berapa ramai pula anak-anak ini yang kemudiannya dimasukkan ke sekolah agama selain sekolah kebangsaan? Dan lebih penting, sama ada bersekolah agama atau tidak, berapa kerap anak-anak itu melihat ibu bapanya mengerjakan solat, membaca al-Quran, pergi ke masjid, belajar agama dan nasihat-menasihati antara satu sama lain demi kebaikan?



Apa khabar masyarakat? Cukup beranikah anggota masyarakat menegur salah laku anak-anak jiran atau remaja belia yang kurang sopan di pusat-pusat membeli-belah? Atau sekadar menanti pegawai penguatkuasa agama menjalankan tugas mereka?

Apa khabar guru-guru di sekolah? Adakah mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris mahupun Matematik Tambahan yang cikgu ajar di sekolah diselitkan juga dengan pesanan tentang tanggungjawab pelajar terhadap Tuhan; ke mana dan bagaimana ilmu yang dipelajari itu nanti hendak digunakan?

Akhir sekali, apa khabar wakil-wakil rakyat, pak-pak menteri dan pemimpin-pemimpin kerajaan? Pelbagai pendekatan dan undang-undang telah dibuat bagi membendung gejala sosial ini. Nampaknya ia bukan berkurangan tetapi makin bertambah. Rasanya sudah sampai masanya untuk kita membuang segala rasa ego dalam diri kerana kita sebenarnya tidak tahu banyak perkara. Kita yakin bahawa semua manusia dicipta oleh Tuhan yang Maha Berkuasa, maka Dialah juga yang Maha Mengetahui apa yang sesuai dengan fitrah manusia. Daripada sistem pendidikan kepada sistem perundangan, daripada sistem perkahwinan kepada sistem ekonomi, pendek kata seluruh sistem hidup mestilah berasaskan apa yang diturunkan Allah kepada manusia.

Mudah-mudahan kita semua menuju ke sebuah kehidupan yang lebih sejahtera, penuh rahmat dan berkat serta sentiasa dilimpahi hidayah daripada Allah subhanahu wataala.

Siapa pun kita, sama ada remaja, belia, ibu bapa, anggota masyarakat, guru-guru, ilmuan agama, ahli akademik atau pemimpin negara, janganlah menambah lagi dosa-dosa yang sudah banyak itu menjadi dosa yang tidak terampun.

Kita berlindung dengan Allah daripada perkara seumpama itu.



Sumber : MalaysiaHarmoni