ME IS ME

My photo
assalamualaikum and hello world.. i am teh azra, writer of tehazra.blogspot.my.. nice to meet you.. thanks for watching, reading, feeling and comment.. have a nice day..!

Saturday 13 August 2011

BUANG EMAK BUANG SAUDARA, KERANA KEKASIH HAMBA TURUTKAN..


Pendapat saya...sila jangan berbuat begitu. Motif? Ingat...Kita hanya ada satu dalam dunia emak, ayah, saudara....Berbaktilah pada mereka selagi terdaya walaupun ianya membuat kita terluka....

Cinta takkan membawa kita ke mana tanpa restu orang tua terutama ibu bapa kita. Semua ibu bapa di dunia mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Mungkin ada sesuatu yang mereka nampak akan terjadi pada anaknya. Sebab tu hubungan anaknya dilarang.

Eksklusif di sini....Saya juga pernah mengalaminya. Sama ada ditentang oleh emak saya sendiri dan juga ditentang oleh bapa sang lelaki...Kejadian? Bila? Di mana? Bagaimana? Kesudahannya? Jawapan itu semua biarlah tersemat baik-baik dalam hati ini....

Waktu mendapat tentangan itu, saya juga nak buat macam pantun di atas. Cinta beb... Segalanya indah. Rasanya dunia ni kita yang punya. Percaya akan kerana cinta pastinya hidup kita terjamin bahagia.

Ingat lah, walau apa pun yang terjadi restu ibu bapa perkara yang paling penting dalam dunia. Betul... Pasti ada jalan. Tapi sudah pastikah jalan yang kita pilih itu betul. Contohnya dengan mengikut kata hati, then kita bagi cucu maka lembutlah hati orang tua. Saya tak nafikan itu semua. Kalau dah itu jalan yang dipilih, maka go on.

Bagi saya, saya amat tagihkan restu ibu bapa. Tanpa restu mereka saya rasa diri saya tidak sempurna. Maka itu jugak, bila saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan pilihan saya, saya tidak teragak-agak meninggalkannya andai tidak mendapat restu sama ada dari ibu bapa saya atau pun ibu bapa suami. Bukan kah ibu bapa suami juga akan jadi bakal ibu bapa kita kelak. Kalau tidak mendapat restu bagaimana mahu mendapat kebahagiaan dengan mudah.

Nasihat saya pada mereka mendapat tentangan cinta dari ibu bapa, sabar lah... Tawakal lah... Kalau sudah takdir Tuhan anda dengan pasangan anda, redha lah apa yang terjadi. Cuba lah tambat hati insan yang amat penting dalam hidup kalian. Ingat...Hidup ibu bapa kita juga hanya sekali. Maka yang sekali itulah kita perlu mencari keredhaan mereka...

Tapi jangan menyesal andai kata anda sudah terlanjur berkahwin tapi tidak bahagia. Itu adalah pilihan anda....Anda yang memilih jalan hidup begini...

No comments:

Post a Comment