ME IS ME

My photo
assalamualaikum and hello world.. i am teh azra, writer of tehazra.blogspot.my.. nice to meet you.. thanks for watching, reading, feeling and comment.. have a nice day..!

Friday 12 August 2011

Ciri2 lelaki yang patut dijauhi wanita..


Bagi kaum wanita di luar sana, susah tak untuk korang mencari teman lelaki atau bakal suami yang almost perfect dan baik? Mungkin bak kata pepatah Inggeris, ‘like looking for a needle in a haystack’ atau terjemahannya ‘ibarat mencari jarum di dalam timbunan jerami’…huhu : -). Semua wanita nakkan bakal suami yang baik walaupun tak perfect, betul tak?  Almaklumlah kerana lelaki itu akan menjadi ketua rumahtangga dan juga pelindung kepada isteri dan anak-anaknya kelak.

Pada zaman sekarang nie, agak sukar bagi seseorang wanita itu untuk mencari calon suami yang baik dan soleh, so wanita akan berfikir dua tiga kali sebelum mendirikan rumahtangga.  Anyway,  jom baca apakah ciri-ciri lelaki-lelaki yang patut dijauhi wanita…

1.  Terlalu kedekut – lelaki camnie bahaya jugak nie. Ala-ala Tn. Hj. Bakhil macam dalam citer Labu-Labi tue la katakan:-) Actually, tak salah kalau  you simpan duit sebab nak tukar kereta baru ker, rumah baru ker (jangan tukar bini baru, sudah:-p) Cuma jangan terlalu kedekut la sampaikan setiap kali keluar dengan si buah hati, si dia pulak yang kena bayar untuk segala-galanya. Tak adillah namanya tu kan? Anyway, kalau anda tengah saving pun, harap-harap ada la sikit bajet untuk digunakan semasa keluar dating, kan?

2.  Hipokrit – ataupun suka berpura-pura. Depan-depan kita dia cakap lain, belakang pulak lain. Siapa lah nak lelaki camnie, kan? At least berterus terang je lah tentang perangai anda yang sebenar… and then it’s up to the lady whether to accept you or not, right?

3.  Perasan hensem – hoho… ada ke lelaki camnie? Jawapannya… ader! Mungkin jugak jejaka yang mengaku hensem tu memang betul-betul hensem:-) Kalau iye pun, janganlah pulak anda menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberi Allah s.w.t. tue.  Bersyukurlah dengan aset yang anda miliki dan jangan menyalahgunakannya. Satu yang perlu anda tahu, mungkin anda perasan anda hensem, tapi bagaimana pulak di mata orang lain? Anyway, kehenseman seseorang tidak dapat menjamin kebahagiaan…beb!

4. Playboy – ah ha… wanita kena berjaga-jaga sikit dengan lelaki playboy atau ‘land croc’ aka `buaya darat’ nie.. huhu.  Jangan mudah tertipu dengan penampilannya yang baik dan sopan. Wanita kena selidik dulu latar belakang lelaki yang bakal menjadi teman lelaki/suaminya tue kerana takut silap-silap haribulan nanti, nama anda akan menjadi salah seorang ‘mangsa’ yang tertulis di dalam buku hitamnya nanti. So, berwaspadalah…

5. Tak gentleman -  penulis bukan maksudkan ‘lelaki lembut’… sebaliknya istilah ‘gentleman’ tu bermaksud lelaki budiman. So, jangan salah faham pulak..:-) Sesetengah orang kata lelaki Malaysia nie ramai yang tak ‘gentleman’… betul ker? Cuba tanya diri sendiri soalan2 nie: Ketika tengah berasak-asak untuk naik bas, anda pun turut berasak sama ke atau bagi peluang kepada wanita dan golongan tua naik dahulu? Pernah tak anda membuka pintu kereta untuk teman wanita/isteri anda?  Anda pernah ‘offer’ untuk angkat barang-barang ketika shopping? Ketika berjalan bersama-sama, anda akan pimpin tak tangan orang kesayangan anda? Ke anda just jalan terus jer…hinggakan jika kekasih terjatuh ke dalam lubang pun… korang tak sedar…Hmmm… bagaimana? So, guys… belajar2 lah untuk menjadi seorang lelaki budiman. Gerenti ramai wanita yang akan tertarik pada anda nanti!

6. Tak hormat wanita – antara peranan wanita yang terpenting di dunia adalah menjadi isteri dan ibu kepada insan yang bernama lelaki. Maka, seseorang wanita itu memang berhak untuk dihormati. Jangan sesekali  menyakiti wanita baik dari segi fizikal ataupun emosi. Dah memang peranan lelaki untuk melindungi kaum wanita yang memiliki sikap yang lemah, tak gitu?  Ya, dari segi fizikalnya, wanita memang agak lemah daripada lelaki, namun jangan terkejut jika ‘tangan yang disangka lembut itulah yang menghayun buaian, mengoncang dunia dan seterusnya mencipta sejarah’….

7. Terlalu ego – anda terlalu ego? Jangan begitu… kerana sikap ini sebenarnya hanya akan menjauhkan wanita daripada anda! Sikap ego boleh membawa banyak keburukan di dalam sesuatu hubungan. Ego dalam diri seorang lelaki itu boleh membuatkan sikap yang lemah lembut bertukar menjadi panas baran. Ego lelaki jugak biasanya menghalangnya daripada mengakui kebenaran kata-kata seorang wanita. Kalau boleh, kawallah sikit ego tu kerana wanita amat suka jika kekasihnya dapat mengalah dalam sesuatu perkara.

8. Penakut – bukankah seorang lelaki itu penyelamat atau hero kepada wanita? Oleh itu wanita perlukan seorang kekasih yang gagah yang dapat menjaga keselamatan serta melindungi dirinya. Tapi ‘gagah’ tu bukanlah beerti anda semua kena ada ‘6 packs’ di bahagian perut tue, cuma memadailah jika anda tahu serba sedikit bab-bab mempertahankan diri ker, ataupun doa-doa pelindung diri ker…:-)… Amalkan petua ini, berani kerana benar, takut kerana salah yer…. huhu

9. Pemarah – wanita tak suka lelaki yang suka marah-marah. Kalau nak marah pun, biarlah bertempat, tak gitu? Misalnya, kalau ko dapat  tau isteri ko tengah berdating dengan lelaki lain, memang patut lah ko rasa marah. Tapi jangan pulak anda ‘ringan-ringankan’ tangan. Sebaliknya, ambil sikap bersabar. Mana tau kot-kot isteri pun cari lain sebab suaminya terlalu pemarah dan bengis… :-)

10.  Sukakan lelaki – ehem-ehem… maksudnya ‘gay’ la nie:-) Ntah nape pada zaman sekarang nie, makin ramai pulak yang sukakan kaum sejenisnya. Mungkin terlalu ‘free minded’ ataupun terlalu terdedah dengan budaya Barat, betul tak? Yang pastinya, wanita boleh menganggap anda sebagai teman mereka, tetapi bukan sebagai teman lelaki ataupun bakal suami la..  Anyway, tak salah jika seorang lelaki itu suka pada kawan lelaki mereka – tapi setakat ‘suka’ in terms of friendship jer la… kalau selain daripada tue…  mintak maaflah brader… ;-)

Padanlah wanita pada zaman ini sukar sekali untuk bertemu pasangan mereka, kan? Bagi lelaki di luar sana pulak, khususnya kepada mereka yang ada menyerupai ciri-ciri di atas, harap mengambil iktibar daripada apa yang nak disampaikan di atas, okey :-) Dan jangan ada yang terasa hati pulak kerana ini cumalah bacaan santai jer…


:: sila berterima kasih kepada Mdm Cupid dari blog www.setelkahwin.com kerana telah menulis dan berkongsi artikel ini.. semoga beliau bahagia dunia n akhirat ::

No comments:

Post a Comment